” Woww bukan biase biase hadiah chef dapat, untung lah.. ” – Netizen

Chef Zam Kongsi Hadiah Yang Diterima Oleh Dirinya Daripada Tuanku Sultan Mizan Dan Sultanah Nur Zahirah. Memang Bukan Kaleng-Kaleng Hadiah Yang Chef Zam Dapat Ni !!

Personaliti masakan terkenal chef Zam atau nama sebenarnya Zamzani Abdul Wahab cukup dikenali ramai. Anak kelahiran Kuala Terengganu popular menerusi rancangan masakan seperti Garam Gula, Citarasa Selebriti, Ole-Ole Malaysia dan banyak lagi.

Tinjauan di akaun Instagram chef Zam telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya telah menerima satu kej0tan iaitu mendapat hadiah istimewa daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta isterinya Sultanah Nur Zahirah.

Chef Zam juga turut mengucapkan setinggi-tinggi junjung kurnia atas  hadiah yang diterima oleh dirinya. Kelihatan chef Zam begitu teruja ketika membuka hadiah tersebut dan berkongsi secara umum menerusi video itu untuk tontonan umum.

Perkongsian video oleh Chef Zam itu turut mendapat perhatian ramai warga netizen di laman media sosial. Chef Zam juga menzahirkan rasa syukur atas pengurniaan hadiah istimewa daripada Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang terharu dan mengucapkan tahniah kepada Chef Zam kerana telah menerima hadiah istimewa daripada kerabat Diraja. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tahniah chef…. Klu kita berbakti dgn seikhlas hati inshallah sesiapa akn ingt kita sampi akhir hay4t … Alhamdulillah chef, kita buat baik dibal4s dgn baiknya.. “

” Cantiknya jam.. Bertuah tgn chef dpt pakai jam dr istana…. Alhamdulillah ramai yang sayang Chef.. “

” Masyaallah Alhamdulillah.. Congrats chef, jasa anda dihargai tu, bertuah dilahirkan negeri Terengganu.. “

 ” Untunglah chef rapat dgn kerabat diraja Terengganu, tak semua orang bertuah mcm chef, rezeki yang tak disangka.. “

” Alhamdulillah.. Chef seorang yg bertuah dan beruntung.. Cntik betul hadiah yang chef dapat tu, nampk mewah.. “

 ” Woww bukan biase biase hadiah chef dapat, untung lah.. Tahniah kpd chefZam. Junjung kurnia KDYMM tuanku Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah.. “

” Tahniah chef Zam… Hadiah masak2 sempena ke bawah DYMM YDPA & Permaisuri berkunjung istana ker…. Bertuahnyer.. “

Wah bertuahnya chef Zam, bukan semua tau dapat hadiah istimewa seperti yang chef Zam dapat ni, semoga murah rezeki Sultan dan Sultanah Terengganu. Apa-apa kami dari Berita Kopak berharap semoga chef Zam akan sentiasa  berjaya dalam bidang masakan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Zam

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..