” Such devoted Papa yang amat adil. 2 minit kanan 2 minit kiri.. ” – Netizen

Kongsi Video Bersama Kedua-dua Bayi Kembarnya, Sheikh Eusoff Dan Sophea Emelia, Gaya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Memangku Bayinya Dipuji Netizen. Alahai Teliti Betul Yer !! 

Sepuluh hari sudah berlalu sejak isteri kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat melahirkan sepasang anak kembar. Menamakan anak-anaknya itu sebagai Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia, kehadiran si kembar ini melengkapkan lagi keluarga Dr Sheikh.

Tidak hanya Dr Sheikh dan Dr Halina yang gembira dengan kehadiran Eusoff dan Emelia, malahan anak-anaknya yang lain iaitu Tasha, Bella, Adam dan Noah juga teruja apabila kembar ini pulang ke rumah. Pelbagai reaksi dan gelagat dapat dilihat lebih-lebih lagi si kembar Adam dan Noah yang nampak ger4m dengan adik mereka.

Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dr Sheikh sedang memangku Eusoff dan Emelia. Seorang di lengan kiri dan seorang di lengan kanan, wajah Dr Sheikh kelihatan lesu seperti keletihan.

Dr Sheikh yang menulis di kapsyennya bahawa terasa seperti dejavu kembali lagi apabila melalui detik-detik menjaga bayinya itu. Tidak mudah untuk menjaga si kecil apatah lagi kembar yang memerlukan banyak perhatian. Di dalam perkongsian tersebut juga, Dr Sheikh turut berkongsi tarikh lahir anak-anaknya yang lain.

Jom tonton video di bawah :

Gaya Dr Sheikh menjaga anak kembarnya ini menarik perhatian ramai. Alahai mungkin Doktor kembali mengimbau kenangan sewaktu menjaga si kembar Adam dan Noah sewaktu dulu. Antara komen-komen mereka :

” Such devoted Papa yg amat adil…2 minit kanan 2 minit kiri. Hanya satu dalam sejuta… ur kind of parenting.. “

” Subhanallah… ayah Terbaik.. contoh ayah TERBAIK… Allahuakhbar.. sejuk tgk. besarnya nikmat yg Allah kurniakan buat datuk dan datin.. “

” SubhanAllah….. kalau Macam ni , kembar 5 kali pun tak apa ….. lovely father you’re.. “

” Alhamdulillah… look forward everyday to read your post…may Allah bless and pr0tect this beautiful family Aamiin.. “

” Best dad ever, Alhamdulillah. Saya doakan semoga allah permudahkan urusan Dr. Semoga twin membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.. “

” Dr. you look sleepy & tired… get some rest ok.. Pejam celik pejam Celik 6 dah ank doc.. In age 48.. What a beautiful moment. Dejavu. But this one, the non-identical twin babies but look like same face.. “

” I pray you will get 2 extra babies. Because you deserved it.. Alhamdulillah. Terpancar wajah kesyukuran.. You are good husband,father and role model for all men’s. DejaVu Doc .. remind me the 2017 videos.. “

Kasihnya seorang ayah terhadap anak-anak yang tidak pernah put0s, wajah kepenatan pun masih tetap menatap wajah si kecil tanpa puas. Semoga keluarga Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga sentiasa diberkati, gembira selalu dan dikurniakan Allah anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..