“ Selamat Ulang Tahun Sayang.. “ – Faizal Zakaria
Suami Abby Abadi, Faizal Zakaria Kongsi Video Terbaru Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Isteri Tersayang Raih Perhatian Ramai. Part Abby Intai Kat Langsir Tu Comel Sangat. Wah, Meriahnya Sambutan Birthday Abby !!
Mengingati tarikh-tarikh dan hari-hari yang bermakna merupakan satu momen yang penting kepada pasangan suami isteri. Pasangan akan rasa dihargai. Salah satu cara menghargai pasangan dengan cara menyambut hari-hari penting bersama seperti ulang tahun kelahiran dan perkahwinan.
Terbaru, meninjau ke ruangan Instagram Faizal Zakaria iaitu suami kepada selebriti Abby Abadi, satu perkongsian video Panjang telah dimuatnaik. Perkongsian tersebut memaparkan sambutan ulang tahun kelahiran isteri tercinta. Abby kelihatan tidak sangka akan surpr1e birthdaynya.
Seperti yang dilihat, ulang tahun kelahiran Abby diraikan dengan sangat meriah. Seluruh ahli keluarga hadir bagi memeriahkan majlis termasuklah Memey Suhaiza dan Norman Hakim sekeluarga. Semuanya kelihatan sangat sporting. Jelas terpancar sinar kebahagian di antara mereka.
Melihat kepada tema dekorasi birthday Abby, kombinasi warna yang dipilih pink dan putih. Dekorasinya kelihatan sangat menarik perhatian, simple dan elegant. Mereka sekeluarga menggayakan baju bewarna pink putih dan dihiasi juga belon-belon yang turut matching warnanya. Kemeriahan lebih terserlah apabila mereka sama-sama menyanyikan lagu birthday untuk Abby.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Ramai yang memberikan tanda suka kepada perkongsian Faizal. Rata-rata pengikutnya turut memberikan ucapan ‘selamat hari lahir’ kepada isterinya selain mendoakan yang baik-baik untuk Abby. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
“ Happy birthday kak abby abadi 112.. Happy birthday.. Hbd kak Abby barakallohu Fii umrik.. Happy birthday 43 abby…. Bestnyaaaa meriah ngan anak2.. “
“ Happy birthday kak Abby.. Sanah helwah kak abby.. Happy besday inspektor aliza Eh betul ke ejaan nama tu.. moga Allah mmberkati dan merahmati kak abbyabadi Sentiasa ya.. “
“ Happy birthday abby abadi semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayangNYA…. stay cun.. happy birthday.. “
“ Woooww… Selamat hari lahir k.abby… Smga dipanjangkan umo serta murah rezeki slalu hendaknyaa…. “
“ Happy Birthday Akak abby abadi semoga senantiasa dalam Karunia Allah SWT dan Bagikan rezki berlimpah dan sakinah mawaddah warahmah sampai jannah.. “
“ Wishing you many more returns of the day sista abby abadi and may Allah ease you with good health and wealth… have a great day ahead with lovely family members.. “
“ Selamat Ulang Tahun Kelahiran Kak abby abadi semoga semtiasa dilimp4hkn kebahagian yg melimp4h ruah hingga ke Jannah.. “
Bahagia, ceria dan meriah kehidupan Abby sekeluarga. Semuanya sangat sporting dan pandai menghargai antara satu sama lain. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ buat Abby dan semoga sentiasa bahagia bersama suami dan keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG jaiezzany
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..