” Mika ni memang fotostat muka Nabil betul lah, semua sama.. ” – Netizen

Nabil Ahmad Kongsi Video Sedang Makan Bersama Anak Sulungnya, Mika. Namun Wajah Mika Yang Begitu Iras Dengan Nabil Ini Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Mika, Cantik Anak Dar4 Nabil Ni !!

Siapa tidak mengenali akan pelawak terkenal Haji Ahmad Nabil atau lebih dikenali sebagai Nabil Ahmad. Namanya mula dikenali selepas menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi iaitu Raja Lawak. Hingga kini dia cukup dikenali sebagai pengacara.

Nabil telah mendirikan rumah tangga bersama Nazirah Ayub yang merupakan bekas pramugari. Hasil perkongsian hidup bersama Nabil dan Nazirah telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Mesti ramai yang tak sangka, kini anak sulung Nabil telah pun berusia 8 tahun. Kalau dilihat kesemua anak-anak Nabil ini memang cantik dan comel. Manakan tidak, kalau tengok isteri Nabil pun memang cantik dan manis orangnya.

Terbaru, Nabil telah berkongsi satu video di akaun Instagram miliknya memaparkan aksi dirinya sedang makan bersama anak sulungnya, Mika. Namun perkongsian Nabil itu turut mendapat perhatian ramai akan wajah anak sulungnya itu.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen ramai yang memuji akan kecantikan wajah anak sulung Nabil. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dah bosar anak Nabilzira…. Dah daro dah. Nampak ae copek dapek menantu ni.. Makin lawonya muka Mika ni.. “

” Ye sebijik muka nabil yang sulung ni, tengok tepi pun dah tahu anak Pak Nabil, hehehe sejuk kata org2 tua kalau anak perempuan muka ayah.. “

” Cantiknya Mika, muka boleh jadi model ni, mix muka mak ayah, tapi lg byak muka Nabil lah. So cantik.. “

” ” Mika ni memang fotostat muka Nabil betul lah, semua sama..  Besar nanti lagi cun lah anak dara Nabil ni.. “

” Baru kecik macm ni pun dah lawo teruk, nanti besar kena jaga lah Nabil, rasa ramai peminat ni Mika bila besar.. “

 ” Aku tak fokus kt apa yang Nabil makan, aku fokus muka anak sulung Nabil ni, cantik ya rabbi weh, manis muka.. “

” Princess ni muka daddy abis ye… Photocopy betul. Tapi versi cantik lah, hahaha Nabil tak berapa kacak, hehe jangan mar4h tau, gurau jer.. “

Halah-halah cantik betul lah anak Nabil ni, patut ramai yang puji, manis jer senyuman Mika. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Nabil ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Nabil dan isteri. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabilzira

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..