“ You are so smart Yusuf. Dino tahu planets pun tahu.. ” – Netizen

Video Yusuf Iskandar Begitu Teruja Melihat Pelbagai Jenis Replika Dinosaur. Part Yusuf Tahu Semua Nama Dinosaur Tu Buat Ramai Kagum. Wah Hebat Sungguh !!

Yusuf Iskandar merupakan putera sulung kepada pasangan selebriti Malaysia, iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Kecomelan dan kepandaian Yusuf membuatkan ramai yang suka melihat perkembangannya di laman sosial sehingga Yusuf mempunyai jumlah pengikut yang ramai di Instagram.

Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik di Instagram Yusuf yang memaparkan Hairul dan Hanis membawa Yusuf dan Alisa bersiar-siar di sekitar Pusat Sains Negara untuk melihat pelbagai jenis replika dinosaur di sana. Pastinya Hairul dan Hanis mahu memanfaatkan masa lapang mereka bersama anak-anak tercinta.

Yusuf dan Alisa kelihatan begitu excited sekali dalam video itu. Apa yang menarik, ramai yang kagum melihat kepandaian Yusuf mengetahui setiap jenis nama replika dinosaur yang ada di sana. Pastinya Yusuf amat meminati dinosaur kerana setiap nama replika yang ditanya oleh Hairul dapat dijawab dengan baik sekali. Wah, pandainya Yusuf.

Hairul juga kelihatan begitu kagum melihat anaknya yang yakin dan menjawab dengan betul semua persoalannya tanpa melihat nama setiap replika di situ. Pastinya Hairul dan Hanis mengetahui Yusuf sememangnya minat terhadap dinosaur. Oleh sebab itu, mereka berdua membawanya ke sana untuk menceriakan lagi hari Yusuf.

Jom kita tonton video di bawah :

Ramai yang memuji kepandaian Yusuf kerana minatnya terhadap dinosaur begitu mendalam. Video yang berdurasi lebih satu minit itu mendapat banyak tanda likes dan menerima pelbagai komen positif daripada peminat. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

 “ Acik panggil semua dinasour je.. Hebatnya yusuf.. Dia tau setiap nama dinosour tu.. Bg untie la.. Semua tu dino.. Adk brdik dino je semua haha.. ”

“ Pandai betul yusuf, tahu semua nama dinasour.. Mcm mane la agk nya esk kalau aku dah ade anak.. Jenuh nak menghafal nama sekor sekor.. ”

“ Bijaknya yusuf.. Kakak pun taktau nama dinasour.. Apa tahu tmpat ni kat mana.. Pusat sains negara.. I was there too.. I saw the family.. ”

“ Ure so smart Yusuf.. Dino tahu planets pun tahu.. Ya Allah cerdiknyaa yusuf pandainya.. Aku yg tua bangka ni pun tak reti nak sebut apa nama nat4ng tu walaupun dah terang2 ade di tulis.. ”

“ Sy nk sebut pom brbel1t lidah,  you so clever yusoff, well done.. Anak kite pun suka pergi sini.. Gigih mak nye panas2 menunggu.. Fuhhh auntie impressed la.. ”

“ Bijaknya… Aku yg hidup 27 tahun pon tak tahu nama2 dinasour.. Sebut pun sebutir2 clear bunyi.. Besar nti jadi bijak pandai ni.. ”

“ Boleh jd ahli kajipurba ni.. Haha.. Daddy hanya boleh ckp haa.. Ohh.. Haa.. Ohh.. Well done yusuf.. Your daddy & mommy are the proudest parents.. U guys r0cks.. ”

Wah, suka betul Yusuf tengok dinosaur-dinosaur di sana ya. Pastinya Hairul dan Hanis sangat gembira melihat perkembangan positif daripada Yusuf. Semoga Hairul dan Hanis sekeluarga sihat sentiasa dan terus memberikan inspirasi kepada masyarakat dalam mendidik anak-anak serta Yusuf membesar menjadi anak yang pandai dan soleh. Aminn..

Silakan SHARE..

Sumber : IG theyusufiskandar, haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..