” Dulu-dulu rasanya daddy diaorang ni johan lompat getah.. ” – Netizen

Kongsi Video Bermain Permainan ‘ Zero P0int’  Bersama Anak-Anak Di Dalam Rumah, Aksi Fedtri Yahya Cur1 Tumpuan Ramai. Woww ‘Terer’ Betul Fedtri Main. Mesti Juara Ni Dulu !!

Apabila sudah menginjak dewasa pasti kita akan berasa rindu dengan permainan zaman semasa kecil. Zaman tersebut mengajar erti kegembiraan apabila bermain permainan bersama-sama rakan-rakan. Memang seronok kalau dikenang kembali memori itu.

Seperti yang dikongsikan oleh pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah berkongsi satu video yang memaparkan dia bersama anak-anaknya bermain satu permainan yang menggamit nostalgia iaitu ‘Zero Point’ atau lebih dikenali sebagai lompat getah.

Lompat getah iaitu sejenis permainan yang memerlukan pemainnya melompat dengan pelbagai gaya. Malah cara membuat permainan ini hanyalah menggunakan getah sayur yang diikat bersama sehingga menjadi seakan tali panjang menjadi satu alat untuk bermain.

Menerusi perkongsian video itu juga, kelihatan Fedtri telah mengajar cara bermain permainan tersebut kepada anak-anak. Malah gaya Fedtri melakukan aksi bermain permainan itu turut menarik perhatian ramai warga netizen di laman media sosial.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tertarik akan perkongsian video oleh Fedtri tersebut dan memuji akan cara Fedtri bermain mainan tersebut. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dulu-dulu lepas habis kelas tajwid kat sekolah rendah mesti main dulu tali getah sebelum balik .. Nostalgia sgt  bila tengok Fetri main.. “

 ” Terr0r Encik Fedtri main getah …Teringat zaman budak budak dulu.. Ingat ingat lupa suda tapi begitu la.. “

” Bila tengok step ni ulang kali, sy terfikir adakah disini bermulanya tarian shuffle ke, hehe semp0i  jer ha main.. “

” Dulu-dulu rasanya daddy diaorang ni johan lompat getah.. Tengok gaya pun mcm dah memang champion.. “

” Rindunyer.. nk main getah ni.. ingat lagi.. klu nk main getah ni.. klu orang tu tinggi… confirm menang huhuhu.. “

” Akak tak leh absorb lg ilmu Ayahanda Adiwira lompat getah. Blur dia camana ayah aku boleh belit sambil lompat pusing.. “

” Ala rindu lah zaman kanak-kanak, tengok Fedtri main ni, rasa nk jadi kanak-kanak jer balik, huhu, kenangan betul.. “

Betul-betul menggamit memori betul lah bila menonton perkongsian video Fedtri ni, memang terbaik. Apa- apa pun, kami dari Berita Kopak berharap dengan perkongsian ini turut memberi manfaat buat kita semua mengisi masa lapang  melakukan aktivti bersama anak-anak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ahmad Fedtri Yahya

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..