” Bagus cara Fasha hargai keluarga sebelah mertuanya.. ” – Netizen
Kongsi Video Dan Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Saudara Sebelah Suami, Cara Fasha Layan Keluarga Mertua Dapat Pujian Peminat. Memang Terbaik !!
Rezeki Allah datang dengan bermacam caranya. Ada di kalangan kita dikurniakan limpahan rezeki harta dan ada pula yang rezekinya didatangkan dengan kehadiran orang-orang yang sentiasa mengasihinya. Paling penting kita sebagai hambanya, perlulah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Begitu juga bagi pelakon cantik, Fasha Sandha dimana dirinya sebelum ini pernah diuji akan keg4galan dalam perkahwinan pertamanya. Namun dia sentiasa berfikiran positif dengan apa yang terjadi. Kini lihatlah, betapa bahagianya Fasha dengan perkahwinan keduanya bersama pelakon Aidil Aziz.
Ramai yang turut perasan bahawa Fasha kini lebih tampil bahagia lebih-lebih lagi pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka pada Ogos lalu. Perkongsian Fasha bersama keluarga suaminya juga sering mendapat pujian ramai kerana melihat Fasha begitu serasi dengan keluarga mertuanya.
Terbaru, menerusi perkongsian Fasha di akaun Instagramnya, telah berkongsi video dan gambar sekitar majlis sambutan hari lahir anak saudara perempuan pertama sebelah keluarga suaminya. Meskipun sambutan diadakan secara sederhana, kelihatan majlis itu begitu meriah.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang turut memberikan pujian akan perkongsian video oleh Fasha. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Meriahnya, walaupun PKP style pun, seronok tengok budak-budak tu dpt berkumpul dengan sepupu mereka.. “
” Riuh rendah ha tengok video ni, selamat hari lahir buat anak saudara Fasha, seronok tengok majlis besday ni.. “
” Aku suka tengok Fasha kongsi video dia dengan keluarga mertua dia, memang nampak happy sangat mereka.. “
” Bagus Fasha ni, layan hargai dua-dua keluarga tak famly dia, atau fmly mertua, semoga kekal bahagia selalu.. “
” Seronok tengok si kecil Ecah tu, join jga dngn sepupu smua yer menyanyi lagu happy yuyu, hehehe, selamat hari lahir buat anak saudara perempuan Fasha.. “
” Seronoknya ada mak saudara yang cool baik hati suka melayan, memang terbaik lah Fasha, simple jer dia tak macam artis pun.. “
” Selamat hari lahir kakak Ara, wah acik Fasha bagi hadiah apa kt anak saudara smpena besday, meriah betul majlis.. “
Memang meriah betul, siap Fasha tempah makanan untuk majlis anak saudaranya itu dengan adik kepada Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Sairah yang merupakan sahabat baiknya . Apa-apa pun memang terbaik, semoga hubungan Fasha dan keluarga mertua sentiasa bahagia dan kekal selamanya. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..