” Allah, romantik juga Altimet ni. Ingat rapper tak tahu romantik, hehe..” – Netizen

Perkongsian Altimet Cara Dirinya Dan Isteri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Raih Pujian Ramai. Wow Walaupun Simple, Tetap Bermakna Dan Romantik !!

Altimet nama yang cukup besar yang dikenali ramai dalam bidang nyanyian tanah air. Selain bergelar penyanyi, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad bin Syed Rahman Alhadad merupakan seorang komposer dan penulis lirik yang berbakat.

Menerusi akaun Instagram Altimet baru-baru ini telah berkongsi satu gambar untuk peminat-peminatnya caranya dan isterinya menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka di kala keadaan kini musim pendem1k. Kongsi Altimet pada posting tersebut, Altimet tidak berkesempatan membawa isterinya keluar makan.

Altimet juga turut memohon maaf kepada isterinya kerana meraikan hari yang sangat bermakna bagi mereka ini hanya di rumah sahaja. Namun Altimet juga berusaha untuk menjadikan hari bermakna itu penuh bermakna meskipun diraikan dengan penuh ringkas.

Melihat gambar yang dikongsikan oleh Altimet itu kelihatan dia turut makan dengan berjarak jauh dengan isterinya dan duduk bersila atas lantai hanya berlapikkan kain. Namun perkongsian wajah isteri Altimet turut ditutup dengan kartun imoji love.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata para netizen turut memuji akan usaha Altimet meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya dan mereka juga turut mendoakan semoga pasanga ini kekal bahagia bersama. Antara komen-komen mereka :

” Happy anniversary brother..  Kita celebrate anniversary date yg sama..  Semoga rumah tangga k ita kekal ke jannah.. “

” Happy anniversary Altimet. Kuarantin dgn sabar semoga semua dipermudahkan … Ok lah tu walapun simple tetap nampak romantik tau.. “

” Allah romantik juga ya Altimet ni, ingat  rapper jenis tak romantik, hehe, selamat ulang tahun Altimet dan isteri.. “

 ” Happy anniversary bro. Semoga hubungan rumah tangga  bersama isteri tercinta akan kekal hingga ke jannah, amin.. “

 ” Wah simple pun tak pe, keadaan tak mengizinkan, bagus lah, tabik tengok cara Altimet raikan isterinya ni.. “

” Selamat ulang tahun bro. Moga sentiasa di bawah rahmatNya. Memang jarak betul ni ha, jauh betul, hehhehee.. “

” Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan yg ke berapa.. .(tak stated), semoga perkahwinan yg dibina bersama pasangannya itu berkekalan hingga ke akhir hayat.. “

Walaupun kelihatan serba ringkas sambutan ulang tahun pernikahan pasangan ini, tapi yang pasti ia tetap bermakna buat mereka. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mendoakan semoga ikatan perkahwinan Altimet dan isteri  kekal hingga ke jannah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Altimet

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..