” Nak teka, Adam pegang Emelia, Noah pegang Eusoff. Betul tak ? ” – Netizen

Muatnaik Gambar Adam Dan Noah Meriba Adik Kembar Mereka, Eusoff dan Emelia, Perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Double Twins Ni, Kembar Jaga Kembar !!

Anak adalah anugerah yang terindah buat pasangan yang sudah berkahwin. Pastinya akan lebih teruja apabila doktor memaklumkan isteri mengandungkan sepasang anak kembar. Ini yang dialami oleh angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Bukan sepasang, tetapi pasangan ini telah memiliki dua pasang anak kembar. Anak ketiga dan keempat, Sheikh Adam dan Sheikh Noah merupakan anak kembar pertama mereka yang kini sudah berusia 3 tahun. Baru-baru ini pula, Dr Halina telah selamat melahirkan pasangan kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan yang diberi nama  Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Hasil tinjauan terbaru di akaun Instagram, Dr Sheikh telah berkongsi gambar Adam dan Noah sedang meriba adik mereka. Kelihatan Noah sedang tersenyum manis manakala Adam pula sedang mengucup dahi salah seorang adik kembarnya.

Menurut Dr Sheikh menerusi kapsyennya, Dr Sheikh meluahkan rasa syukur kerana melihat Adam dan Noah begitu mengambil berat dan menyayangi adik mereka. Malah Adam dan Noah turut menyanyi dan mengalunkan zikir buat Eusoff dan Emelia.

Ikuti perkongsian di bawah :

Netizen begitu teruja melihat perkongsian gambar ini. Malah ada yang turut meneka yang mana satu Emelia dan yang mana satu Eusoff. Antara komen-komen netizen :

” You guys are so sweeeeeetttttt. So adorable. Semoga menjadi insan yang bertaqwa. Nak teka, Adam pegang Emelia, Noah pegang Eusoff. Betul tak ? ”

” Adorable baby twins with adorable twin brothers. They must love the smell of the babies so much. I know i do.. the smell of heaven for us moms.. “

” Awwww that is so cute. toddler twins with baby twins. Bestnya double twins. Tahniah drsheikhmuszaphar, beautiful family MashaAllah.. “

” Alhamdulillah.. Masha’Allah beautiful.. May Allah swt bless you, Dr. Halina, all your children & the whole family, amin.. “

” I am twins too… lovely to see this 2 pairs of twins. They would love them so much. Alhamdulillah. Tgk gambar ni pun rasa bahagia.. “

” Ya Allah hebatnya kurniaanmu pada insan yg hebat.. Tahniah Dr.. Alhamdullillah seronok abang noah dan abang Adam pel0k baby twin ye.. “

” This is sooo cutee. Semogaa membesar dgn sihat dn menjadi anak yg soleh dan solehah both adam, noah, eusoff and emelia.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Dr Sheikh dan Dr Halina atas kelahiran anak kembar kedua mereka. Semoga Eusoff dan Emelia membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia serta akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..