” Happy birthday anakku yang soleh, Megat Jufri Nasrullah.. ” – Datuk Ziela Jalil

Datuk Ziela Jalil Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Hari Lahir Anaknya, Megat Jufri Nasrullah Megat Junid. Wah Dah Besar Jufri Sekarang, Handsome !!

Pastinya ramai yang sudah mengenali Datuk Ziela Jalil atau mesranya dengan nama Ziela Jalil. Seorang pelakon dan penerbit syarikat. Datuk Ziela sering dipuji kerana kejayaannya bukan sahaja dalam dunia hiburan di Malaysia malah berjaya menjadi seorang ibu dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Terbaru, Datuk Ziela telah berkongsi satu gambar yang memaparkan wajah anak lelaki sulungnya, Megat Jufri Nasrullah Megat Junid. Gambar tersebut dikongsikan sempena menyambut ulang tahun kelahiran Megat pada tahun ini.

Setiap ibu mahukan yang terbaik dalam kehidupan anak mereka. Melalui gambar yang dikongsikan, Datuk Ziela telah menzahirkan rasa syukur buat anaknya. Datuk Ziela turut mendoakan yang baik-baik untuk Jufri. Menurutnya, tiada hadiah yang istimewa buat anaknya melainkan doa yang bermakna daripadanya.

Jika dilihat pada rupa paras, mukanya saling tidak tumpah dengan raut wajah Datuk Ziela. Pastinya wajahnya yang kacak diwarisi daripada wajah cantik Datuk Ziela terutama pada senyuman dan hidungnya. Sekejap masa berlalu tanpa sedari anak Datuk Ziela kini sudah dewasa, semakin kacak dan bergaya.

Jom ikuti perkongsian gambar di bawah :

Perkongsian Datuk Ziela telah meraih perhatian peminat dan pengikutnya. Ramai yang memberikan tanda suka malah rata-rata memberikan ucapan selamat hari lahir buat Jufri dan mendoakan baik-baik untuknya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Happy Birthday Boy.. Semoga panjang umur.. diberi kesihatan yang baik.. dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia jugak akhirat.. Aamiin YRA.. “

“ Happy bday Boy.. Ehh. Sama laa date birthday kita.. Jom celebrate.. Hee happy birthday.. Aammmiin to your doa.. Happy Birthday.. “

“ Happy birthday Jufri.. Aamiin to your mum’s lovely doa.. Dato ziela … boy study kt oversea ke.. Happy birthday boy.. “

“ Epy bday Boy semoga berjaya bahagia dunia akhirat.. happy birthday boy.. semoga panjang umur dimurah kan rezeki.. di sehat kan badan berpanjangan amin Ya Rabball Alamin.. “

“ Happy Birthday Boy Jufri.. Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT.. Handsome Megat.. dah besar anak Dato.. “

“ Sanah Helwah Megat Jufri Nasrullah Bin Megat Junid Semoga Kamu Setiasa Berada Didlm Kasih Sayang Allah Dan Tcapai Segala Hajat Didunia Dan Akhirat.Aamiin.. “

“ Happy birthday.. Semoga menjadi anak yg selalu berbakti kpd mamanya.. Happy besday semoga jadi.anak yg soleh.. “

Kejayaan dan kebahagiaan seorang anak juga kerana mustajabnya doa seorang ibu. Seperti yang diharapkan Datuk Ziela kebaikan untuk anak-anaknya, kami di Berita Kopak juga turut ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Jufri dan mendoakan kebaikan untuk Jufri di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zielajalil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..