” Alhamdulillah indahnya nama. Betul-betul Dr letak nama tu ya.. ” – Netizen

Genap 7 Hari, Angkasawan Negara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Umum Nama Bayi Kembarnya. Wah Nama Yang Netizen Cadangkan Hari Tu Lah. Indahnya Nama, Secomel Orangnya !!

Jumaat minggu lalu bersamaan 20 November 2020, angkawasan negara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahayamata kembar mereka. Dilahirkan secara pembed4han, perkongsian Dr Sheikh tentang bayinya ini menjadi perhatian ramai.

Saban hari, pasti ada sahaja berita yang dikongsikan oleh Dr Sheikh untuk bacaan peminat. Dikurniakan sepasang kembar lelaki dan perempuan, wajah comel mereka nampak seiras dengan anak-anak terdahulu. Dr Sheikh juga ada meminta cadangan nama daripada peminat untuk dipilih sebagai nama anak kembar barunya ini.

Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh, telah dikongsikan sekeping gambar terkini bayi kembarnya ini bersama kapsyen yang mengumumkan nama mereka. Nama Eusoff dan Emelia menjadi pilihan Dr Sheikh dan ini melengkapkan lagi keluarga mereka dengan 3 orang Sheikh dan 3 orang Sophea.

Dr Sheikh juga turut berkongsikan harapan dan impiannya untuk si kembar ini agar menjadi anak yang soleh dan solehah serta insan yang berguna. Dr Sheikh juga tidak ketinggalan mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengikutnya yang memberikan cadangan nama yang indah.

Jom baca perkongsian di bawah :

Nama yang dipilih oleh Dr Sheikh ini mendapat pujian dan perhatian peminat. Siapa sangka nama yang dicadangkan peminat beberapa hari lalu menjadi pilihan Dr Sheikh. Antara komen-komen mereka :

” Ameen Ya Rabb.. sedap nama tuh alhamdulillah smoga menjadi anakĀ² yg soleh dan solehah. Baby E & E yang comel sangat.. “

” Semoga Eusoff dan Emelia menjadi salah satu asbab mommy dan daddy masuk syurga aaminnn.. Nama yang baik macam para nabi.. “

” Masyallah. Subhanallah. Comel dan tenang tgk twin ni. Muka macam seiras, Cantik nama.. tenang je muka dua comel ni.. “

” Alhamdulillah.. Indahnya nama. Semoga Eusoff dan Emelia menjadi asbab membawa ibu bapanya ke syurga ALLAH. Aamiinn.. “

” Semoga Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang berbakti kepada agama, kedua ibu bapa, keluarga, negara dan bangsa… aamiin.. “

” Saya kagum dgn Dr. Menjaga anak mgikut landasan islam. Nama ank2 semua yg baik2. akhlak ank pn dr kecik Dr. bentuk sangat indah. semoga Allah pelihara keluarga Dr. berjaya dunia akhirat aamiin.. “

” MashaAllah, shoo cute both of them … they have wonderful names. Wah nice one la. Betul2 dr letak nama tu ya.. yg haritu follower Dr bgi suggestion nama.. “

” Aamin aamiin aamiin… beautiful names for twinnies. Subhannallah.. He have given U such a wonderful gifts n I pray tt twinnies brings much happiness, joy, laughters and excitements.. Insya-allah He will continue giving U wonderful gifts in future.. “

Alhamdulillah, nama yang indah dan ada maksud yang baik untuk si kembar ini. Wajah Eusoff dan Emelia juga sekali pandang memang nampak seiras sangat walaupun bukan kembar seiras. Apa pun, semoga Eusoff dan Emelia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna seperti yang diimpikan oleh Dr Sheikh. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina Mohd Yunos

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..