” Ad0ii betul juga ni, hadiah hantaran kita pun jarang-jarang guna.. ” – Netizen

Lisdawati Kongsi Video Menggunakan Barang Hantaran Perkahwinan 13 Tahun Lalu Cur1 Perhatian Netizen.

Pelakon Lisdawati memang cukup dikenali akan watak yang lem4h lembut menerusi drama yang dilakonkannya. Malah banyak hasil lakonannya juga mendapat pujian ramai. Meskipun diri telah pun berusia 40-an, dia tetap kelihatan cantik.

Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini kini lebih suka menggayakan fesyen muslimah dan penampilannya juga sering mencur1 perhatian warga netizen di laman media sosial. Ibu kepada empat orang cahaya mata ini juga turut mempunyai empat anak tiri.

Menerusi perkongsian terbaru, Lisdawati telah berkongsi video yang memaparkan sejadah dan senaskah Al-Quran. Kongsi Lisdawati, barang-barang tersebut adalah barang hantaran yang dihadiahkan oleh suaminya pada 13 tahun lalu ketika mendirikan rumah tangga.

Malah Lisdawati turut berkongsi cerita bahawa barang hantaran ini masih setia digunakan oleh dirinya setelah berhijrah hingga kini. Lisdawati juga turut memperingatkan bahawa barang hantaran seperti ini haruslah sentiasa digunakan dan bukan dijadikan sebagai barang perhiasan.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian seorang netizen yang mengakui barang hantaran dirinya juga jarang digunakan.

” Ad0ii betul jugak ni.. Hadiah hantaran kita pun jarang-jarang guna.. “

Benar apa yang dikatakan oleh Lisdawati itu, mungkin ramai di kalangan kita juga selalu alp4 bahawa barang hantaran seperti ini jarang digunakan, sedangkan ia adalah perkara yang patut kita amalkan selalu iaitu membaca Al-Quran.

Alhamdulillah, terima kasih Lisdawati, meskipun kata-kata Lisdawati itu untuk memperingati dirinya, namun baik juga dikongsikan untuk orang ramai agar dapat mengingati kita semua. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Lisdawati sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisdawati

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..