” Benda apa tu jenuh nak sapu, terbalik tu pegang penyapu haha.. ” – Netizen

Siti Sarah Kongsi Video Gelagat Suaminya, Shuib Sepahtu Menyapu Dalam Rumah Buat Netizen Terhibur. Tengah Menyapu Sempat Lagi Buat Lawak. Alahai Rajinnya Shuib, Suami Mithali Betul !!

Siti Sarah Raisuddin dan suaminya, Shuib Sepahtu merupakan pasangan selebriti Malaysia yang sering mendapat perhatian ramai di laman sosial. Kehidupan rumah tangga mereka sememangnya seperti satu family yang harmoni dan ada sahaja kisah Sarah dan Shuib yang sentiasa menghiburkan peminat.

Meninjau ke Instagram Sarah, satu perkongsian video telah dimuatnaik yang memaparkan gelagat Shuib sedang menyapu lantai rumah dirakam oleh Sarah di ruang bawah rumah bersama anak-anak mereka. Shuib kelihatan semp0i mengenakan baju putih dan berkain pelikat sambil menyapu dalam video.

Sarah turut memuji suaminya yang kelihatan rajin membersihkan lantai di sekitar ruang tamu. Pada mulanya Shuib kelihatan tekun menyapu di awal video itu, namun bertambah lucu apabila melihat aks1 Shuib dan reaksi mukanya yang kelihatan dalam mood main-main terus membuatkan Sarah terhibur dan ketawa di akhir video itu.

Shuib sememangnya terkenal dengan sifat jenakanya yang suka membuat lawak. Pastinya ramai yang gel1 hati melihat gaya Shuib yang mahu membantu meringankan beban Sarah, tetapi sampah yang disapu kelihatan masih berterbangan. Alahai Shuib, ada sahaja gelagatnya buat ramai terhibur.

Jom kita tonton video di bawah :

Video yang berdurasi lebih dari satu minit itu mendapat ribuan views. Ramai yang turut terhibur dengan aks1 Shuib dan memuji dirinya begitu rajin. Malah, Sarah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komennya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

“ Pakai la vacuum.. Suami kite mcm tu la buat kje.. apa2 pon okayla haha.. Ada usaha jgak nk tolong istri.. ayat nk tolong istri tu tak bole tahan.. ”

“ Terg0da tgok Syuib.. Mcm tak kemana ja bnda alah tu.. Suami sape rajin bebenor ni.. benda apa tu jen0h nk sapu.. terbalik tu pegang penyapu haha.. ”

“ Hahaha suami mithali.. Muka tak redho je eb kna mnyapu hehe.. Kami nak tgk isteri plak pegang penyapu.. Rajin lah si suaminya.. ”

“ Somi kita bhgian sapu2 nie dia lebih teliti.. tapi bab basuh pinggan ya ampun mcm gad0h dgn buih sabun.. klu sye amik vakum je sedut.. abis cerita.. ”

“ Ahaha I is cannot brains.. Such a good husband and father.. Ok lah tu sbb selalu dia pegang terbalik.. Wahh ade mop Norwex lah sis.. Shuib nk ps5 ke tu.. ”

“ Mcm tak memuaskan haha.. Terbaik la u all ni. Semoga kekal ke jannah.. Klau dh suami mmng mcmtu.. sak1t hati rasa baik jgn tlong haha.. ”

“ Tengah menyapu sempat pula buat muka lawak dia.. kelakar lah Suib.. Penyapu cam keras jer.. beli yg lembut sikit.. Ya allah.. baiknyer suib nii.. memang beruntung sarah humble laa.. ”

Alahai Shuib dan Sarah ni, tak pernah tak sweet. Rumah tangga mereka sememangnya kelihatan harmoni dan suka menyakat antara satu sama lain. Pastinya gurauan ini makin mendekatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri. Semoga Sarah, Shuib dan sekeluarga sentiasa dilindungi selalu dan terus sukses dalam apa jua yang dilakukan.

Silakan SHARE..

Sumber: IG sitisarahraisuddin

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..