” Sila had4m, itu kriteria lelaki idaman Cik B.. ” – Dato’ Seri Vida

Video Cik B Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman Namun Apabila Ditanya Mengenai Restu Ibunya, Dato’ Seri Vida Buat Ramai Terhibur. Amboi, Boleh Tahan Taste Cik B Yer !!

Siapa yang tidak kenal dengan satu-satunya anak perempuan kepada usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang semakin popular daripada ibunya semenjak bergelar seorang pelakon.

Baru-baru ini tul4r cerita bahawa Cik B sudah mempunyai ‘kekasih hati’. Malah Cik B turut memuatnaik gambar bersama ‘kekasih hati’nya itu di akaun Instagramnya. Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta, iaitu Aniq Suhair. Namun kedua duanya tidak mengatakan sama ada mereka sebenarnya bercinta atau tidak. Boleh jadi hanya sekadar mempromosikan drama tersebut.

Meninjau ke akaun Instagram ibunya, Dato’ Seri Vida, satu video telah dikongsikan yang memaparkan sesi temuramah Cik B bersama Majalah Remaja. Cik B telah berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya. Menurut Cik B, dia mengimpikan seorang lelaki yang kaya.

Apabila ditanya mengenai persetujuan ibunya jika Cik B meminati seseorang. Cik B menjawab ibunya perlu bersetuju dan menyukainya sesiapa sahaja pilihan hatinya. Ad0i, kelakarlah Cik B. Ini bermakna suka atau tidak, Dato’ Seri Vida perlu menyukainya juga.

Jom tonton video di bawah :

Kebanyakan netizen bersetuju dengan ciri-ciri lelaki idaman Cik B. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Betul tu cik b…. sbb kalau cri paras rupa je.. mmg dia prgunakan cik b jelah nt kekayaan tu.. so kalau cik b nk cri.. kenalah yg sma taraf … kann… “

” Betul cik b.. kalau tak kaya, kau plak kena tangg0ng dia.. pen1ngggg. Jodoh dan ajal Allah dh tentukan Semoga Cik B mendapat jodoh yg baik.. “

” Kalau kes mcm cik B ni mmg kena cari BF yg kaya.. nanti xdela netizen cop BF p1sau cuk0r. Hehehee, bijak Cik B. Muda2 dah terded4h dengan segala ilmu bisnes.. “

” Yang penting setaraf simple.. baik… Semoga cik B dapat suami yg baik dan setaraf dgn Cik B, supaya tk de isu nk knn Harta je… dan Semoga Datosrivida mdpt menantu yg d idamkan cik B.. amin ya rabbal allamin.. “

” Dalam islam.. Memang disuruh mencari jodoh sekufu. Aka setaraf. paduuu.  Tak handsome tak apa, yang penting kaya.. Untung lah jejaka yg kan dipunyai cik b.. Janji kaya..

” Sya setuju cik b pilih kaya, datoserivida Supaya tak ada pereb0tan harta Dan ketam4kan atau f4ke people hanya utk kesenangan… kalau sama2 kaya tinggal Cari hati yang baik je terima kekurangan masing2.. “

” Kalau cikb suka mama kne suka jgk… Ha tau mama.. Kalau mama tak nak… mama kena nak jugak… hahhaha kelakar cik b.. “

Wah, bukan biasa-biasa taste Cik B. Cik B pun dah kaya jadi mestilah mencari yang kaya juga kan. Barulah dikira setaraf. Semoga suatu hari nanti Cik B dapat memiliki lelaki idaman yang diimpikan. Selamat maju jaya buat Cik B juga dalam industri hiburan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cik B, Dato’ Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..