” Kakak Chef pun mulut macam bertih jagung, ingatkan Chef jer hahaha.. ” – Netizen
Chef Wan Kongsi Video Berkumpul Bersama Adik Beradiknya. Namun Suasana Riuh Rendah Chef Wan Menyakat Kakak Dan Anak-Anak Saudaranya Di Dapur Buat Ramai Terhibur !!
Bergelar chef selebriti dan terkenal, semestinya kehidupan Chef Wan sering menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja dari segi masakannya malah kehidupan hariannya bersama ibu tercinta turut mendapat perhatian warga netizen di laman media sosial.
Meninjau di akaun Instagram Chef Wan, baru-baru ini telah dikongsikan video akan adik beradiknya yang lain bertandang ke rumahnya. Kongsi Chef Wan pada postingnya itu, kakak dan abang serta kakak iparnya serta anak-anak mereka datang melawat ibunya.
Malah dikongsikan menerusi video oleh Chef Wan, mereka beramai-ramai berada di dapur sedang menyediakan makanan tengah hari. Riuh-rendah suasana dan Chef Wan sempat menyak4t anak-anak saudara serta kakaknya di dapur.
Kongsi Chef Wan lagi, memang cara mereka sebegini ketika bertemu dan saling mengusik antara satu sama lain, lagi-lagi cara percakapan menggunakan bahasa kas4r orang Melaka yang memang didengar agak tinggi nadanya namun mereka sudah terbiasa dan saling tidak berkecil hati.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Perkongsian video oleh Chef Wan itu turut menarik perhatian ramai warga netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Murah rezeki DCW buat makan2 kat family.. Cik Ani pun mesti happy tengok anak, menantu, cucu datang ziarahnya.. “
” Ya Allah.. Sukanya tgk adik beradik anak beranak borak mcm ni. Rindunya my family.. Mesti ramai yang seronok dapat adik mcm chef yang riuh suka menyak4t meriah suasana.. “
” Untungnyer dia org ada adik bertuah as chef.. tak yah nk susah2 masak kann.. I nk jadi adik angkat to u also ler, hehe.. “
” Kakak Chef pun mulut macam bertih jagung, ingatkan Chef jer, hahaha.. Terhibur saya tengok video ni.. “
” Meriahnya suasana, memang mcm ni ke kalau berkumpul, mesti Cik Ani seronok dpt berkumpul anak-anak san cucu.. “
” Mulut masing-masing memang boleh tahan yer, haha tapi terhibur, comel-comel anak2 saudara Chef Wan yer.. “
” Enjoy the moment chef and all siblings…. Suka tengok cara chef layan family, memangg terbaik lah, murah rezeki selalu.. “
Meriah betul tengok video Chef Wan ni. Ramai yang terhibur apabila Chef Wan menyak4t anak-anak saudara serta kakaknya di dapur. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Chef Wan sentiasa bahagia bersama keluarganya selalu. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Chef Wan
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..