” Suka betul cara daddy dia ajar anak, tegas tapi sayang.. ” – Netizen

Video Anak Nora Danish, Neqayl Menyusun Permainannya Penuh Di Atas Sofa. Namun Cara Nedim Nazri Menegur Ney Ney Dapat Pujian Ramai. Wah Muka Nampak Gan4s, Tapi Lembut Sungguh Caranya. Sempat Lagi Ney Ney Buat ‘Drama Sebabak’, Comel Sungguh !!

Personaliti dan cara didikan ibu bapa sering mempengaruhi sifat anak-anak. Pertuturan yang lembut dan tidak menggunakan nada suara yang tinggi pastinya membuatkan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan persekitaran yang tenang.

Meninjau akaun Instagram suami Nora Danish, Nedim Nazri telah berkongsikan satu video yang memaparkan cara Nedim menangani anaknya, Mohamed Neqayl. Turut menulis di kapsyennya bahawa Neqayl atau lebih dikenali dengan nama Ney Ney ini mempunyai OCD iaitu 0bsessive Compulsive Dis0rder.

Ney Ney yang mengatur kesemua mainan dan patungnya di atas sofa ruang tamu membuatkan Nedim tidak mempunyai tempat untuk menonton TV. Nedim menegur dan berbincang dengan Ney Ney untuk mengalihkan kesemua mainannya itu ke sudut lain.

Video yang berdurasi 2 minit ini menunjukkan sifat Nedim yang jarang ditonjolkan kepada umum. Nedim dilihat bercakap dengan lembut dan akh1rnya Ney Ney memahami arahan daddy nya ini walaupun ada juga adegan ‘drama’ sebabak yang dilakonkan Ney Ney untuk meraih simpati daddynya ini.

Jom tonton video di bawah :

Cara Nedim bercakap dengan Ney Ney ini mendapat pujian daripada peminat. Gelagat Ney Ney yang comel menurut kata daddynya ini juga menarik perhatian ramai dan antara komen-komen mereka :

” Suka betul cara daddy dia ajar anak dia.. tegas tapi sayang.. love cara u didik ur anak.. cara u explain supaya dia paham.. “

” This is actually lovely… Something to learn from a father figure… Good job Neyney. Sopannya la dia kemas, smpai sudah la jawabnya daddy tak dpt tgk movie… comelll.. “

” Tergelak tgk neney ni, so smart. Part dia ambil benda2 kecil je alihkan trs tergelak. Kes1annya diaaaa, just pull over the other couch laaa. Hahaha but smart boy.. “

” Bijaknya dia, Cute & clever boy. Utg neney dpt Ayah baik Dan bertimbang rasa mcm ni.. kalo arwah Ayah sy dah hamun sy dah suruh kemas.. hehehe.. “

” So so so lovely, I love how u handle the situation. Daddy negotiation skill is thorbaikkk la. Respect.. Drama betoi budak ni. Hahaha onti is ger4m. Part nang1s tu drama sg. Haha comel ney.. “

” Seri0us aaahhh bro, i salute you. Good parenting, cara tackle anak sgt diplomatic dan sabar. job daddy n neyney, cute negotiation. Hahahaha comel je bila daddy mention me move, me, terus pegang tangan, sebersalah neyney.. “

” Ala dramaboy… smpt lg pura2 nang1s…nk jd pelakon mcm mummy ni. Daddy so good parenting, lembut je cara cakap dengan anak.. “

” Terbaik cara didikan seorang ayah kepada anaknya dengan cara macam ni. Berbincang and terang elok2. So anak pun faham . Terbaik boss ned.. “

Cara Nedim berbincang dan menerangkan apa yang patut dan tidak patut dibuat itu memang nampak lembut dan berhemah. Cara bercakap dengan anak yang bagus dan boleh dicontohi. Apa pun, semoga Ney Ney menjadi anak yang bijaksana dan soleh kelak. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Boss_ned

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..