” Titah Tuanku Permaisuri, tak terpikir pulak boleh guna ayat macam tu.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Hidangan Pulut Kuning Khas Untuk Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Kapsyen Tunku Permaisuri Azizah Aminah Jadi Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Ayat Tuanku, Tak Dijangka Ayatnya Tu !! 

Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah sememangnya Permaisuri yang disayangi rakyat jelata. Keterampilannya dan sifat penyayang serta prihatin Tunku Azizah membuatkannya sering menjadi tumpuan netizen terutamanya di laman sosial.

Tunku Azizah yang aktif di laman sosial sering berkongsikan pelbagai juadah hasil air tangannya sendiri. Masakan tidak, Tuanku Permaisuri mewarisi banyak resepi turun temurun yang disimpan dalam buku resepi khasnya. Malahan Tunku Azizah juga sedang menyiapkan buku resepi untuk diberikan kepada puterinya.

Meninjau akaun Instagram Tunku Permaisuri, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan hidangan pulut kuning bersama rendang daging dan ayam panggang Johor dibungkus dalam bekas. Ianya disiapkan atas permintaan kekanda Permaisuri, Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor.

Permaisuri turut memberitahu Sultan Ibrahim menitahkan agar Tunku Azizah sendiri memasak hidangan ini untuk askar ke Bawah Duli Tuanku. Bukan calang-calang orang dapat merasa air tangan istimewa Tunku Permaisuri dan ianya kelihatan begitu menyelerakan.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Kapsyen Tuanku Permaisuri ini menghiburkan netizen yang membacanya. Alahai comel sangat ayat dan gurauan Permaisuri bersama Sultan Ibrahim ini. Antara komen-komen mereka :

” Tu dia ayat Tuanku Permaisuri, sempoi la.  ampun bro, sis junjung titah. Comel je Tuanku guna ‘bro sis’. My queen so cute hehe.. “

” Tuanku permaisuri ni jarang la tak kelakar. Comelnya Tuanku dan Sultan Johor , bro sis. Terhibur membaca posting Tuanku permaisuri ni.. “

” Ya Allah rahmatilah Permaisuri Agong kami… comel sgt Tuanku gurau adik beradik, ‘bro and sis’. Sweetnya dua bradik Tuanku Permaisuri dan Sultan Johor.. “

” Titah Tuanku Permaisuri comel sangat lah. Tak akan berjumpa lagi Raja Permaisuri Agong yang seperti tuanku.. “

” Cute je caption tuanku Hehe. sis menjunjung perintah bro. Tak terpikir plak boleh guna ayat camtu. Nakal Permaisuri, humble sangat.. “

” Ampun tuanku…ucapan tu buat saya ketawa….terbaik . So sweet tuanku permaisuri.. Comel comel je ayat.. “

” The caption is so cute, Tuanku. Happy birthday Sultan Johor. Tuanku is so loving and sweet . Sungguh chill betul haha.. “

Tunku Azizah memang selalu menarik perhatian netizen dengan ayat-ayatnya yang sweet sebegini. Beruntung para askar kesayangan Sultan Johor dapat menikmati air tangan Permaisuri. Apa pun, semoga Tunku Azizah sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Airtangan_tunkuazizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..