” Ramahnya dia dengan smiling eyes tu, siap angkat kening lagi.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Video Aisha ‘Berborak’ Buat Peminat Ger4m Dengan Kecomelannya. Alahai Peramah Sangat, Part Mata Senyum Dengan Angkat Kening Tu Melting Betul Tengok. Cantiklah Aisha !! 

Nama si kecil Aisha Amaira sudah menjadi sebutan peminat sejak daripada hari pertama kelahirannya lagi. Puteri sulung Aidil Aziz dan Fasha Sandha ini memiliki wajah putih gebu dan ramai yang mengatakan Aisha kelihatan sangat mirip dengan wajah ayahnya.

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aisha yang rancak ‘berborak’ dengan Fasha. Kedengaran suara Fasha menegur si puterinya ini dan disambut dengan suara yang cukup comel daripada Aisha.

Hair Band

Aisha yang dilahirkan pada bulan Ogos yang lalu kini sudahpun berusia 3 bulan. Kehadiran Aisha menyerikan lagi keluarga Fasha dan Aidil. Malahan anak-anak Fasha daripada perkahwinan terdahulu, Rayfal dan Jemaima juga sangat sayang akan adik mereka ini.

Aisha yang membesar dengan cukup sihat ini sering mencur1 perhatian peminat setiap kali gelagat dan wajahnya dikongsikan. Memiliki mata bulat dan warna anak mata seperti Fasha, wajah Aisha memang tidak jemu dipandang dan digelar bayi cantik oleh para peminat.

Muslimah Suit

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Aisha bersembang dengan Fasha ini menarik perhatian peminat apatah lagi dengan senyuman dan matanya yang bersinar-sinar itu. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah comei nyaaaa aishaaaa. Eeee ger4mnyaaa, sooo cute.. She has smiling eyes.. Senyum manis sama macam Fasha.. “

” MasyaAllahhhh comelnya diaaaa… moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia dan akhirat ya sayanggggggg.. “

” Comelnya dia… banyak wajah ayah… iras kakak Jemyma pun ia jugak… bibir tu pakai lipstick ke sayang.. “

Tudung Netizen

” Waktu borak nie yang paling best. Muka lembut sweet, cantik comel sangat dia ni.. Part mata senyum tu cair tengok Aisha.. Ulang banyak kali tak jemu tengok budak cantik ni.. “

” Mudah terhibur…. Pandai berbual dah. Cantik mata awk sayang, mata senyum yang cukup menawan kalbu.. Ni baru betul panahan mata.. “

” Ramahnya dia, senyum manis macam ibu sangat Aisha ni.. Kecik2 dh cantik awak Aisha, mata cantik btul.. “

” Comell sgtt nie. Manis je borakk, dengan mata cantik bersinar smiling eyes tu, siap angkat kening lagi. Ger4mnya comel sangat.. “

Bukan main lagi Aisha ‘berborak’ dengan ibunya, senyum memanjang Aisha ini. Manalah peminat tidak ger4m melihat si comel Aisha, mata tu ikut sama tersenyum. Apa pun, semoga Aisha membesar dengan sihat selalu, sentiasa dilundungi oleh Allah dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa kelak. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..