” Cantiknya Datin, sweet 18 tapi kenapa gambar last tu lain macam betul.. ” – Netizen

Datin Nur Shahida Kongsi Gambar Thr0wback Ketika Bergelar Model Di Usia 18 Tahun. Alahai Halus Dan Manis Sangat Datin Masa Ni. Tapi Gambar Last Tu  Lain Macam Sikit !! 

Datin Nur Shahida Mohd Rashid antara usahawan yang berjaya dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Datin Shahida memiliki wajah jelita dan sering mendapat pujian daripada warganet setiap kali gambarnya dikongsikan di laman Instagram miliknya.

Meninjau akaun Instagram Datin Shahida, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan antara koleksi yang masih disimpan Datin Shahida ketika bergelar model. Datin Shahida yang ketika itu baru sahaja berusia 18 tahun kelihatan sangat halus dan kecil orangnya.

Melihat akan gambar thr0wback Datin Shahida ini, tidak dapat dinafikan Datin Shahida memiliki kecantikan semulajadi. Walaupun tidak disolek tebal, senyuman manis dan ayu Datin Shahida terpancar dalam setiap gambarnya itu. Datin Shahida suatu masa dahulu juga turut dikenali ramai dengan iklan shampoo Sunsilk.

Namun ada netizen mengatakan gambar terakhir kelihatan sesuatu yang ganj1l kerana kepala kelihatan lebih besar di ruangan komen. Namun Datin Shahida tetap kelihatan manis dan cantik dengan busana yang bercorak bunga berlatarkan warna putih.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Netizen turut mengatakan wajah Datin Shahida ini memang nampak mirip dengan wajah anak-anaknya. Ini meraih perhatian netizen dan antara komen-komen mereka :

” Cantiknya Datin sweet 18 tapi kenapa semua gambar kepala lagi besar dari badan atau Mata sy Ada Masalah hahaha. Gambar last tu lain macam betul.. “

” Ya ampun kurus sungguh datin masa ni.. mesti berat 40 lebih je. Datin macam muka baim .. kalo baim gegirl mesti ikut muka datin.. “

” Cantik sejak azali, cantik halus je masa ni. Nampak macam Qadeeja pun ada. Now lagi anggun bergaya, berseri-seri.. “

” Kurusnya Datin, cantik sangat. Tengok datin masa ni terus terbayang Cess. Muka Cess sangat dengan senyum gitu.. “

” Cantik sangat, sebiji Qadeeja tapi macam kembar Baim pun ye. Memang maniss sangat sekarang lagi syantikkk.. “

” Copypaste Qadeeja, Raudhah dengan Baim. Semua muka ada iras dengan Datin masa ni. Alahai comel sangat.. “

” Cantik datin dulu, kini dan selamanya. Khadijah dan Raudah mirip tapi makin berumur lagi Anggun dan berseri-seri.. “

Nampak kurus betul Datin Shahida sewaktu remajanya ini. Walaupun tidak bersolek tebal pun wajahnya sudah nampak manis. Apa pun, semoga Datin Shahida gembira selalu bersama keluarga tersayang, sentiasa dilindungi Allah dan terus maju jaya dalam perniagaannya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Shahida Mohd Rashid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..