” Bila masuk minggu ke 4, alamak apa aku buat ni.. ” – Datin Alyah

Datin Alyah Kongsi Cerita Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di Sebalik Pertandingan The Masked Singer Malaysia. Wah, Tak Sangka Begitu Suk4r Apa Yang Alyah Lalui !!

Pertandingan The Masked Singer Malaysia sudah pun melabuhkan tirainya pada hari Jumaat lepas. Pertandingan yang memerlukan penyanyinya memakai kostum ini merupakan satu konsep hiburan yang berbeza daripada pertandingan nyanyian lain.

Aina Abdul telah dionobatkan sebagai juara di mana Aina memakai kostum Bunga Raya manakala Datin Alyah mendapat tempat keempat. Alyah memakai kostum berbentuk Wau berjaya mengaburi mata penonton dan juri dengan membawakan pelbagai gaya yang berbeza pada setiap minggu.

Menerusi akaun Instagram, Alyah berkongsi kisah di sebalik pertandingan tersebut. Bagi Alyah bukan mudah untuknya untuk menyembunyi identitinya agar tidak diketahui kepada umum. Segalanya dilakukan persendirian dari segi persiapan sehingga persembahan.

Menurut Alyah lagi, dia menyertai pertandingan ini hanya sekadar suka-suka dan tidak berharap untuk berjaya sehingga ke peringkat akhir. Minggu demi minggu yang berlalu dirasakan amat sukar untuk Alyah menyembunyikan identitinya sehinggakan ramai mula dapat meneka siapa sebenarnya Wau.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Assalam semua Masa ni saya nyanyi lagu nirmala… Masa ni dah rasa akan terkeluar (hanta video ni kat team like music sdn bhd) dah…siap make up sendiri sbb yakin akan terkeluar 😭😭😭 (takyah cantik2 sbb tergesel dgn topeng haaa) Tapi bila join the masked singer malaysia ni.i tak fikir apa apa cuma fikir suka suka ja.Tapi bila masuk mggu ke 4 alamak apa aku buat ni 😭😭😭 Sbb makin lama makin susah,makin lama makin rasa cepatla terkeluar aku nak blk ayo….dan membuatkan saya terfikir walau pon pertandingan bunyi burung skali pon tetap pertandingan.Bermaksud saya harus kena bagi 100persen keyakinanan walaupun sebenarnya tak yakin 😭😭😭 Saya tidak dibenarnya bgtau sesiapa pon…awak rasa saya ada masa nak sakit kepala adoiiiii…Dahla mcm tu ada pula yg paksa paksa suh ngaku je lah…adoiii nama pon join pertandingan suka suka.walaupun saya join suka suka tetap kena ikut peraturan ya….mulut kena 🀐 Tiada siapa dibenarkan ikut saya utk sesi rakaman ini ya 😭😭😭 No PA No mnger No maid No No No… Rasa mcm mula mula jadi artis dulu sesorang 😭😭😭 Minggu pertama kekok skit.orng lain bawak 1 beg plastik je.skali saya dtg bawak 1 beg travel πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ Nama pon ALYAH naaaa. Duk dalam bilik sesorng hiburkanla hati sesorng… Terima kasih semua tenaga kerja dan team THE MASKED SINGER MALAYSIA Pengalaman ni 1 dlm berjuta 😘😘😘 Nampak simple and fun tapi struggle yaa. Yg masuk je tahu mcm mana.πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š Kepada semua peminat dan rakan artis mohon maaf dan terima kasih atas perhatian dan sokongan…. I love all of u so much 😘😘😘

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Perkongsian Alyah ini mendapat pelbagai reaksi netizen dan majoritinya dapat meneka siapa sebenarnya Wau. Antara komen-komen yang diberikan netizen :

” Adikku…. alyah81 Aduhaiii, Semlm Baru Betul2 Kenal Suara Alyah, Confirm. Sebelum Tu, Memang, tak boleh teka Siapa,Β  Seronok Program Ni… Tahniah.. “

” Penat tau kepala ni duk main teka teki dgn ank2 WAU ni Datin alyah81 .. I cam sgt dengunggg suara dia. Apa2 pun Tahniah adikku. Show awk besttt gile.. awesome. (tak sak1t ke muka / mulut nyanyi dlm topeng).. “

” Hahaha.. finally.. mesti lega kan datin.. hilang segala kesengs4raan nak simpan rahsia.. tapi start lagu kesal & melompat lebih tinggi dah obvious suara datin especially kalau sebut perkataan ku atau aku… Btw congrats dapat top4.. “

” Datin alyah dgn Aina Abdul mmg sengaja erk mula2 xnk tunjuk power. Nasib clue senang nk cari. Hehehe. But Time wau bukak topeng saya dh tak terkej0t. Sebab yakin sgt datin alyah. Mulut terus puji cantiknyaaaaaaa Datin alyah ni.. “

” Datin punya bunyi hmmmmm tu mmg takde orang lain boleh buat. Sedap sungguh suara datin. Alhamdulillah… Hins coklat chip tu macam sesuatu sangattt .. “

” Tahniah Cikjah kakak kesayanganku.. Good job n impressed dgn cikjah.. Cikjah mmg WAU yang WOW… Love u.. yaa datin is the best, always. you were amazing datin, proud of you.. “

” Dah boleh cam style suara datin alyah & still power.. Minat dari start Bintang RTM lg.. Dah agak wau tu datin alyahΒ datin punya sebutan dalam nyanyian tu special.. lain dari artis lain… “

Walaupun hanya mendapat tempat keempat dalam The Masked Singer Malaysia, kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Alyah. Apa pun, Alyah sememangnya berjaya mengaburi mata juri dan penonton pada minggu-minggu awal. Bukan mudah untuk membuat persembahan dengan memakai maskot.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Alyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..