” Baiknya abang Issa, sayang sungguh adik Iris ye.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Mia Ahmad, Sayf Issa ‘Menjaga’ Adiknya, Iris. Alahai Comel Sangat Suara Issa Tu, Penyayang Sungguh !! 

Jika anda pengikut setia pelakon Mia Ahmad, pastinya sering melihat perkongsian Mia tentang anak-anaknya Sayf Issa dan Iris. Untuk rekod, Mia telah berkahwin dengan Muhammad Izham Tarmizi iaitu penjaga gawang bola sepak Johor Darul Takzim ( JDT ).

Meninjau akaun Instagram Story_izhamia ( Kelab peminat Mia dn Izham ) , telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Issa bersama adiknya, Iris. Issa yang kelihatan berada di dalam kereta sedang duduk dalam car seat sambil meriba Iris.

Kedengaran suara Mia menyuruh Issa menc1um adiknya itu dan Issa menyebut perkataan ‘No’ dengan suara yang manja. Untuk makluman, Issa dilahirkan pada September 2018 dan kini sudahpun berusia 2 tahun. Wajah comel Issa sering mendapat perhatian peminat sejak dari bayi lagi sehingga kini.

Semenjak Iris dilahirkan, Issa sudah menunjukkan sifat abang-abangnya itu. Seorang anak yang manja dan suka tersenyum, Issa juga abang yang penyayang terhadap adiknya dan ini dapat dilihat dalam setiap video Issa bersama Iris yang dikongsikan di laman sosial milik Mia.

Jom tonton video di bawah :

Alahai Issa, sudah pandai pegang adik Iris sekarang. Senyuman Issa manis sangat, boleh buat ramai yang cair. Antara komen peminat :

” Hensemnya issa, Good boy abang issa hensem. Baiknyaaa abg issa, sayang sungguh adik iris ye.. ”

Mia sekarang kurang aktif dalam dunia seni sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata ini. Pastinya Mia ingin meluangkan masa yang lebih dengan anak-anaknya dan memastikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dapat dilaksanakan dengan baik.

Dari kecil sudah diajar berkasih sayang dengan adik, tentu besar nanti Issa akan jadi pelindung dan abang yang terbaik untuk Iris. Apa pun, semoga Sayf Issa dan Iris membesar dengan sihat selalu, menjadi anak soleh solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Story_izahamia, IG Mia Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..