” Banyak kali telan air liur tengok dady dia makan, cute betul.. ” – Netizen

Video Gelag4t Alisa Aisyah Sedang Melihat Daddynya, Hairul Azreen Sedang Makan Buat Ramai Terhibur. Alahai Mata Alisa Tu Fokus Makanan Dalam Pinggan Tu Jer, Siap Telan Air Liur. Part Reaksi Bila Dah Dapat Makan Tu Memang Comel !!

Ada sahaja perkongsian video mengenai Alisa Aisyah ini menggeletek hati penonton. Gelag4t si kecil ini sememangnya menghiburkan, malah dia juga dilihat seorang kanak-kanak yang begitu aktif dan bijak. Meskipun baru berusia satu tahun lebih, gayanya yang sudah kelihatan matang daripada usianya.

Ramai yang memuji kecomelan anak-anak pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini. Malah Alisa dan abangnya, Yusuf Iskandar juga dikatakan bijak. Seperti anak-anak selebriti lain, Alisa dan abangnya juga turut mempunyai akaun Instagram sendiri.

Meninjau di akaun Instagram milik Alisa, telah berkongsi satu video buat tatapan ramai tentang gelagatnya yang sedang melihat daddynya sedang makan. Video tersebut telah menjadi perhatian ramai kerana reaksi Alisa yang beberapa kali menelan air liur melihat Hairul sedang menjamah makanan.

Namun pada awalnya, Hairul cuba tidak mengendahkan reaksi Alisa yang cuba meminta makanan. Untuk kali keduanya, Alisa telah menunjuk pada pinggan nasi Hairul dan minta untuk disuap lauk yang ada. Akhirnya permintaan si kecil itu ditunaikan. Reaksi Alisa setelah dapat makan memang mencuit hati.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

View this post on Instagram

🍽 always by your side

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata para netizen begitu terhibur melihat gelag4t si kecil in, lebih-lebih lagi Alisa beberapa kali dilihat menelan air liur melihat Hairul sedang makan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ya Allah cutenya Alisa ..  Semoga aunty dapat jumpa dengan awak Alisa. Jangan cepat besar sangat tauuuu hihi, ger4m tengok gaya si kecik ni.. “

” Alaa Daddy kena lah paham pompuan ni impiannya kurus tp hobinya makan, betul tak Alisa, hehehehe pandai la dia pau makanan kat daday dia.. “

” Bersinar sinar mata tengok makanan, ahaha byk kali telan air liur,  mommy masak sedap sgt yer Alisa, tu yang nak lagi makan kan.. “

” Halah halah why soo cute, eeee pipi pun dah ‘simpan’ makanan, nak makan lagi eeeeee gewam, tengok dia makan tu, macam nak picit-picit je.. “

” Banyak kali air liur dia tengok daddy makan, so cute, minta kali pertama mcam gag4l, tapi berkali-kali akhirnya dapat juga makan yer Alisa, comel… “

” Tengok dia mengomel, ‘ nak makan ke tak, makan gemuk, tapi lauk tengok macam sedap, ah try lah minta, mana lah tahu dapat ‘ hahahaha .. “

” Alisa ni kan comel betul, lagi-lagi kalau part dia makan, nampak comel, makanan dan Alisa memang tak dapat dipisahkan, hehehehe.. “

” Tdi dah makan, ni nak makan lg, hahaha comel2.. Bila dah dapat makan, muka pun bersinar-sinar, hati gumbira.. “

Comel betul tengok gelag4t Alisa dalam video yang dikongsikan tu, seronok dia last dapat juga makan, alahai bijak betul puj0k daddy yer. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Alisa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alisa Aisyah

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..