” Bakat yang kena pend4m terus ni, hahaha.. ” – Netizen

Fizo Omar Kongsi Video ‘Membawakan’ Lagu Kekasih Bayangan Raih Perhatian Peminat. Siap Nak Cuba Masuk Pentas Big Stage Ye Abe Joe !! 

Fizo Omar sememangnya terkenal sebagai seorang pelakon yang berbakat. Selain dari itu, beliau juga dikenali sebagai seorang yang berpesonaliti menarik, lembut dalam bertutur kata. Hasil perkahwinan yang lepas, Fizo dan Mawar Karim dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam.

Menerusi tinjauan di Instagram, Fizo telah berkongsi video bakat nyanyiannya di Instagram miliknya dengan sebuah lagu bertajuk Kekasih Bayangan. Video berdurasi 1 minit 9 saat itu buat ramai yang terhibur. Sepenuh hati betul Fizo membawakan lagu tersebut. Perkongsian video Fizo telah ditonton oleh 16 ribu view dalam masa 1 jam yang pertama dikongsikan.

Boleh tahan juga mendengar suara yang Fizo persembahkan di awal video yang dikongsikan. Gerak badan, nada suara dan kesungguhan dalam menjiwai lagu yang dinyanyikan. Namun, semakin lama cara nyanyian Fizo sedikit sebanyak memberikan tanda tanya pada yang melihatnya. Seolah-olah suara tidak seiring dengan irama dan lagu. Haha, macam ada yang tidak kena jer ni…

Pandai betul Fizo buat kej0tan kepada semua. Rupa-rupanya ada peneman Fizo semasa nyanyian dibuat. Yang dipamerkan di awal nyanyian Fizo hanyalah pemain muzik sahaja, namun ada penyanyi sebenar rupanya yang menyanyi, bukannya Fizo. Gerakan mulut tu kena sangat. Habis ramai terkena. Hahaha.

Ikuti perkongsian video Fizo di bawah :

Ramai yang terkena dengan us1kan ‘ bakat ‘ Fizo. Namun, semuanya terhibur apabila menyedari telah kena game dengan Fizo. Antara komen-komen netizen :

” Bakat yg kene pend4m terus ni.. hahahhahaha.. jujurnya..  Abis semua acah alerr.. Tipah tertip0 rupanya.. Hahahha.. kena game weh.. “

” Beria tgk abe jo nyanyi… hmmmm… terkub0r terus bakat tu.. Gaya dah ada.. tipah tertip0.. Tengok gaya tau dah.. Ooo par0kk abe jo kito prati jh tgk lip sings dia tuhh.. “

” Punyelah percaya msa mula2. Rupa2nya tipah tert1pu.. aku dh agak dah permainan dia.. Leh duet ngn kajol ni miming smbil golek2 kt taman.. hahahahahaha.. Ok.. saya terhibur.. “

” Depa kata asah nyanyian lama² nnt suara haluihhh.. Hahahahaahh beria dgr tdi adehhh.. Bravo bravo fizo goodluck.. “

” Abe joe tlgla ye.. hentiknla brlakon tu.. Hampir2 terpedaya dek suara merdu itu cis.. Sengeklah abe joe kito nieee.. Mantappp bosskyuuu.. “

Mesti tergelak sakan pada siapa yang dah tengok dan mulanya rasa kagum, tiba-tiba di akhir rupanya baru sedar yang Fizo hanya buat miming saja. Fizo bukan sahaja pandai berlakon dalam drama, dekat Instagram pun lakonan nampak sangat real. Muka semasa menyanyikan tu pun langsung tak nampak sedang berlakon. 

Terhibur apabila melihat gelagat Fizo. Dah macam gaya seorang penyanyi professional sangat. Semoga suatu hari nanti, netizen dapat dengar suara sebenar Abe Joe menyanyi, manalah tahu memang berbakat dalam bidang nyanyian juga.  All the best Fizo.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..