” Sangat sukar, sangat susah dan sangat SAK1T nak lalui semua.. ” – Hidayah Abam
Genap 8 Bulan Ketiadaan Abam Bocey, P0sting Terbaru Hidayah Abam Di Instagram Buat Ramai Yang Tersentuh. Sayu Betul Luahan Dayah, Semoga Terus Kuat !!
Pejam celik, pejam celik, kini sudah 8 bulan pelawak terkenal arw4h Abam Bocey atau pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan ‘perg1’ buat selamanya. Abam telah men1nggalkan seorang balu iaitu Nor Hidayah dan anak mereka, Syed Uthman Hamzah.
Terbaru satu perkongsian di akaun Instagram, Hidayah telah memuatnaik nukilan hatinya setelah genap 8 bulan suaminya ‘tiada’ di sini. Hidayah menyatakan dia akan memegang amanat suaminya dengan menjaga anak mereka, Hamzah sebaik-baiknya.
Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang mem1kul. Kehidupan Hidayah sebagai ibu tungg4l bukannya mudah dan dirasakan sangat suk4r menjalani kehidupan seharian dan dalam masa yang sama bekerja mencari nafkah sambil membesarkan seorang anak yang memerlukan lebih perhatian.
Hidayah turut meluahkan rasa syukur kerana kini sudah memiliki sebuah kedai bagi perniagaan cempedak goreng yang diusahakan bersama ahli keluarganya. Jika sebelum ini Hidayah berniaga di gerai di tepi jalan, namun kini tidak lagi dan pembeli juga mudah untuk mencari lokasi premis perniagaannya.
Jom ikuti perkongsian video di bawah :
Selain kata-kata kapsyen Hidayah yang menyentuh hati, netizen turut tertarik melihat wajah terkini Hamzah yang semakin comel. Antara komen-komen netizen :
“ Tabah sis moga di murah kn rezeki dan di beri kesihatan sis dan anak.. “
“ Dayah seorang isteri yg penyayang.. Alhamdulillah.. Semoga kuat, dipermudahkan semua urusan.. “
“ Alhamdulillah syukur Hidayah.. semuga terus berjaya dan menjadi ibu hebat kepada Hamzah.. “
“ Semoga Dayah & Hamzah dan keluarga sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah SWT.. “
“ Hai hamzah, makin besar Makin hensem.. Comeyyyy.. Moga dipermudahkan urusan hidayah… Aaminn.. “
” Sis seorang yg sgt kuat, sy betul2 kagum.. comel anak kak.. Hidayah kuat.. “
” Handsome boy, semuga dayah tabah dan kuat In Shaa Allah akan berjaya dlm bidang yg diceburi.. “
Kehidupan tanpa seorang suami di sisi tidaklah begitu mudah tambahan pula usia anak yang masih kecil. Namun begitu, ianya tidak memat4hkan semangat Hidayah untuk terus berju4ng dan berusaha. Pastinya Hamzah merupakan faktor utama dan pemangkin semangat kepada Hidayah untuk terus maju ke hadapan demi keluarga dan anaknya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Hidayah, Hamzah dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hidayah_abam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..