” Kurus melidi Datin time ni ya, sekarang wow.. ” – Lufya Omar

Datin Shahida Kongsi Gambar Kenangan Ketika Bercuti Raih Perhatian Netizen. Wahhh Lain Betul Nampak Datin Shahida Masa Ni, Beza Sangat !!

Umum mengenali Datin Sri Nur Shahida, isteri kepada Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman. Perwatakannya yang ceria, lembut tutur kata pasti menawan hati yang melihat. Biarpun dikenali ramai, Datin Shahida cukup merendah diri dan suka menolong orang ramai dalam kesusahan.

Meninjau akaun Instagram, Datin Shahida telah dikongsikan gambar kenangan ketika bersama Datuk Aliff bercuti ke luar negara iaitu London, Venice dan Paris. Datin Shahida juga pergi bersama arw4h ayah mertuanya dan 3 orang anak mereka bersama. Masih kecil masing-masing ketika ini.

Rapat sungguh hubungan Datin Shahida dan arw4h ayah mertua, boleh melancong bersama-sama. Di Instagram, Datin Shahida juga ada mengingatkan orang ramai untuk menghargai insan-insan yang tersayang, selagi mereka masih ada. Masa-masa yang diluangkan bersama cukup membahagiakan, kerana masa tersebut tidak akan berulang kembali.

Menurut Datin Shahida, ini adalah kali pertama Datin Shahida menaiki kapal terbang buat tempoh yang lama iaitu selama 13 jam untuk sampai ke destinasi. Tambah merisaukan Datin Shahida pada ketika itu tr4ged1 MH 17 baru saja berlaku. Memang tak senang duduk Datin Shahida sepanjang perjalanan yang jauh. Namun, Alhamdulillah semuanya selamat pergi dan balik.

Ikuti perkongsian gambar Datin Shahida di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. ) 

View this post on Instagram

Kenangan bersama ayah mertua saya…..masa ni first time kita orang travel jauh2…pergi London,Paris dan Venice..teruja sangat tau…..masa kami pergi ni MH 17 baru je terhempas … masa tu mmg takut sangat sbb x pernah naik flight lama2….13 jam naik flight x senang saya duduk… . Alhamdulillah selamat pergi dan balik….kenangan juga kami satu keluarga…..anak2 pun kecil lagi….sebenarnya bila ada masa kita kena hargai org2 yg kita sayang sbb bila mereka x ada yg ada hanya kenangan yg boleh kita kenang…..moment tu takkan berulang lagi hanya sekali seum hidup…. . Yang penting saya kurus gila time ni…nak kurus mcm ni dalam mimpi je la🤪🤪tapi kurus sangat mcm x sihat je kan……patut @aliffsyukriterlajaklaris suka cakap saya mcm hanger😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Perkongsian gambar Datin Shahida telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Waktu ni umor Datin brapa yer. Kalau tak kisah la nak tnya je.. sbb sekarang mcm nmpk lebih muda dri dlm gmbr.. “

” Suka Datin yg sekarang ni.. kurus sgt tak cantik.. nanti org ckp suami tak bagi makan.. “

” Walaupun kt sini lg kurus tp bdn skrg lg cntik la datin.. Datin cantik sekarang… chubby2 sikit.. “

” Kurus melidi time ni ya. Sekarang wow.. ” – Lufya Omar

” Mcm bdk Form 4 wpun anak 3 dlm pic ni.. Cantiknya lahaiii.. “

” Kurusnya datin.. tapi yg sekarang lagi cantik.. Nmpk lain sgt.. alif sama jr .. mcm skrg.. “

” Kurus sgt ni tak cantik datin. Yg skang lg cantik. Kurus sgt terbang di angin nt kihkihkih.. “

Kapsyen Datin Shahida yang last part tu memang tak tahan. Alahai kurus betul Datin Shahida waktu ini. Rata-rata lebih sukakan penampilan Datin Shahida yang sekarang, tidak terlalu kurus atau sebaliknya. Apa-apa pun yang penting sihat. Kami di Berita Kopak mengharapkan yang terbaik untuk Datin Shahida dan keluarga.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Shahida D’Herbs

Artikel ini disediakan oleh BERITAKOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan