” Bagusnya dorang ni, takde nak slang Europe bagai. Terbaek boh.. ” – Netizen

Video Atlet Negara, Luqman Hakim Dan Hafizh Syahrin Live Di Instagram Terima Pujian Ramai. Wahh Pekat Betul Loghat Terengganu, Walau Pun Sorang Di Belgium Dan Sorang Lagi Di Barcelona. Baru Betul – Betul Anak Malaysia, Terbaik Lah !! 

Sukan dunia bola sepak dan permotoran tidak begitu asing di kalangan masyarakat Malaysia. Pastinya ramai yang gemar untuk menonton siaran sukan ini. Tanpa kita sedari terdapat anak muda di kalangan masyarakat kita yang telah berjaya membawa nama dalam dunia sukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Bukan calang – calang juga anak muda Malaysia.

Antara nama yang tidak asing lagi adalah pemain bola sepak muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan pelumba motor Grand Prix (GP), Hafizh Syahrin Abdullah yang sama-sama telah berjaya dan telah pun menempa nama ke persada luar negara. Hasil tinjauan di akaun Instagram Era.je, video yang dikongsi menunjukkan perbualan mereka yang menggunakan bahasa ibunda loghat Terengganu ketika live di Instagram.

Dalam video itu juga, mereka saling bertanya khabar perkembangan diri masing – masing. Luqman turut memaklumkan tidak dapat dapat pulang ke Malaysia pada perayaan Krismas ek0ran daripada tempoh masa cuti yang singkat tambahan pula wab4k C0v1d-19 yang masih mel4nda negara dan dunia.

Selain daripada itu, tidak terlepas juga us1kan nak4l Hafizh kepada Luqman mengenai calon pasangan hidup. Antara bait – bait kata yang dil0ntarkan ” Mu cari awek sana ah.. “. Pandai betul Hafizh mengenakan us1kan cepu emas. Perbualan itu juga secara tidak langsung dapat memperlihatkan keakraban hubungan mereka.

Perkongsian video yang dikongsikan ini bukan sahaja mendapat tanda like yang banyak malahan ada antara warganet yang kagum dengan penggunaan loghat Terengganu yang masih pekat digunakan dalam perbualan mereka walaupun Luqman dan Hafizh kini berada di luar negara iaitu di Belgium dan Barcelona.

Jom sama – sama kita menonton video di bawah :

Netizen bukan sahaja kagum dengan bahasa yang mereka gunakan malahan sikap keterbukaan dan sifat mesra antara satu sama lain memperlihatkan hubungan mereka yang rapat. Antara komen – komen positif netizen :

” Tgk video tu kn.. mcm adk beradik kot.. jajaa.. Tetibe bangga jadi org pantai timur.. “

” Terbaik boh.. moga jd kebnggaan trganu dan Malaysia.. “

” Sorang bola, sorg rider, mantop tp hafiz syahrin lg lama da berkelana kt luar tu, nnti lg ramai la player bola main luo.. “

” Bagusnya dorang ni.. takde nk slang2 europe bagai.. menten je bahsa trengganu.. terbaek boh.. “

” Demo Tak kecek luar eh, baguh. Diorg borok dekat tu dekat mcm jiran sebelah sebelah je.. “

” Wira negara… Sedap plop dengar depa cakap.. “

” Kawe kijo di KB tp kawen denge ore ganu.. bangga jd set pata timo.. haha.. tp asai kedah baq hang.. “

Semestinya kejayaan yang mereka kecapi hari ini merupakan sumber inspirasi kepada generasi muda. Sifat rendah diri dan mesra di kalangan mereka pasti dijadikan contoh kepada masyarakat luar. Bakat yang dianugerahkan mereka juga tidak sesekali menjadikan mereka seorang yang lupa diri malahan sentiasa merendah diri.

Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Luqman dan Hafizh terus maju dan sukses dalam bidang sukan yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era.je, Luqmansham_10, Hafizh _Syahrin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..