” Saya masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Dato’.. ” – Naim Daniel

Naim Daniel Kongsi Video Salamnya Tidak Disambut Oleh Datuk Hattan Ketika Rancangan Separuh Akhir Pertandingan Nyanyian. Sekali Tak Sangka Datuk Hattan Pun Komen, Memang Kelakar Habis !!

Naim Daniel merupakan seorang penyanyi yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Pernah memegang gelaran juara dalam pertandingan nyanyian  Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 tahun lalu dengan membawakan lagu ‘Sump4h’ .

Selain bergelar penyanyi, Naim juga aktif dalam bidang lakonan. Sesiapa yang mengikuti dirinya di akaun Instagram, pasti akan terhibur dengan setiap nyanyian yang dicipta oleh dirinya yang dikongsikan kepada umum . kerana setiap lagunya membawa kelainan yang tersendiri.

Terbaru, Naim telah berkongsi satu video yang menyaksikan dirinya cuba bersalaman dengan Datuk Hattan ketika berada di sebuah rancangan separuh akhir pertandingan nyanyian. Namun ketika mahu bersalaman, dilihat Datuk Hattan telah berlalu pergi tanpa bersalaman dengan Naim.

Naim juga turut menulis bahawa dirinya hingga kini masih menanti peluang untuk bersalaman dengan Datuk Hattan. Mungkin keadaan ketika ini adanya wab4k C0v1d dan perlu mematuhi SOP, maka dirinya tidak dapatlah bersalaman dengan Datuk Hattan.

Iktuti perkongsian  video tersebut di bawah ini :

Kapsyen Naim itu turut mendapat pelbagai reaksi oleh para netizen. Ada yang bersimpati dan terhibur dengan nasib yang dialami oleh Naim itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Ulang-ulang tengok video ni, memang kelakar lah.. “

” Ya Allah, Aku pun turut pasrah sekali, hahahaha.. ” 

” Tingginya Naim memanjat doa , hahaha.. “

” Berpurnama lagi lah nak dapat salam Naim oii.. “

” Nak gelak, tapi kesian, tapi dah tergelak, hahahahahahaha.. “

” Dato’ Hattan pakai cermin mata gelap sangat tu, tu yang tak perasan tangan Naim, hahaha.. “

” Jarang tak kelakar Naim ni.. “

Namun, tak sangka posting Naim tersebut turut mendapat respon oleh Datuk Hattan sendiri.

Rupanya betul lah Datuk Hattan memang tak perasan pun Naim hulurkan tangan untuk bersalaman dengan dirinya. Alahai, kes1an Naim, hasrat tak kesampaian nak bersalaman dengan Datuk Hattan yer. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Naim sentiasa maju jaya dalam bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Naim Daniel

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..