” Dato’ Siti nampak berisi penuh dekat perut dan pinggang.. ” – Netizen

Video Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Sambil Duduk Di Majlis Sambutan Hari Lahir Izara Aishah. Tang Perut Tu Buat Ramai Tertanya-Tanya, Siap Ada Minyak Cap Kapak Atas Meja. Doakan Yang Baik-Baik Okay !!

Nama Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Dato’ Siti bukan sahaja dikenali di kalangan orang-orang dewasa, malahan setiap peringkat usia mengenali Dato’ Siti. Suaranya yang lunak merdu, satu dalam sejuta kurniaan Ilahi buat insan hebat sepertinya. Dato’ Siti tetap kekal dengan sikap rendah dirinya, masih lembut tutur bicaranya meskipun terkenal dan dikenali ramai.

Hasil tinjauan kami di Instagram Inaijari, telah dikongsikan video Dato’ Siti sedang menyanyi secara live beberapa buah lagu ketika majlis sambutan ulangtahun kelahiran Izara Aishah yang diadakan semalam. Walaupun menyanyi dalam keadaan duduk, namun suara merdu Dato’ Siti tetap kedengaran hebat dan merdu sekali.

Dalam melayan kelunakan suara Dato’ Siti, mata netizen pula tertumpu kepada perut Dato’ Siti, yang kelihatan sedikit berisi. Netizen mula berteka teki, ditambah dengan adanya minyak cap kapak di hadapan Dato’ Siti menambah lagi rasa tertanya-tanya netizen. Namun, semuanya mendoakan yang terbaik buat Dato’ Siti dan suami.

Untuk rekod, Dato’ Siti telah berkahwin dengan Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa. Setelah 11 tahun menanti akhirnya penantian mereka membuahkan hasil. Dato’ Siti juga pernah berkongsi pada Januari 2020 bahawa Dato’ Siti merancang mahu timbang anak kedua. Semoga ada rezeki Dato’ Siti menimbang seorang lagi anak, dan Aafiyah dapat jadi seorang kakak.

Ikuti perkongsian video nyanyian Dato’ Siti :

Bukan main merdu lagi nyanyian Dato’ Siti. Sambil duduk pun boleh tarik lagi. Bertuah sungguh yang dapat dengar secara live depan mata tu.

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. ) 

Perkongsian video ini memberikan pelbagai tanggapan kepada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Mengandung ke.. Mcm nmpk perut je.. Is she pregnant.. “

” Siti nynyii smbil duduk pom sedap pastu cur12 mkn pulak haha mmg the best la siti sempoi humble dan gifted.. “

” Yup tok tie nampak berisi penuh kat perut dan pinggang.. didoakan.. “

” Tudung labuh ttp perut ye.. myk angin cap kapak UTK hilangkan mab0k. hihi.. tahniah tok Ti.. moga dipermudahkan.. “

” Hamboii depa.. minyak cap kapak pon depa nampak ehh hehehe. Kita doa yg baik2 buat tokti ye.. “

” Tok Ti ni bila buka je mulut nyanyi walau music sikit tp gema suara , gemersik dia macam ada full live musician kt situ. Tok K pun terpegun

” Alhamdulillah.. Ada minyak cap kapak lg depan tu.. “

Selamat hari lahir buat Izara. Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang. Buat Dato’ Siti, kami di Berita Kopak mendoakan yang baik-baik buat Dato’ Siti dan Dato’ Khalid. Tak sabar nak dengar sendiri daripada Dato’ Siti jika ada berita gembira yang mahu dikongsikan. Semoga Dato’ Siti dan keluarga senantiasa sihat dan berada di bawah lembayung kasihNya. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Inai Jari, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan