” Dia lagi bijak jadi observer. Tengok sekejap dia dah tahu.. ” – Netizen

Video Yusuf Iskandar Menyiapkan Mainan Legonya Bersama Hairul Azreen. Wah Yusuf Bijak Betul, Daddy Pun Tak Terfikir. Clever Boy !!

Bagi pengikut setia keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pastinya tahu bagaimana cara pasangan ini mengasuh dan mendidik anak-anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Tidak seperti kanak-kanak lain, Yusuf semenjak daripada kecil lagi tidak didedahkan kepada gajet.

Hanis pernah menjawab soalan daripada peminat di Instagram Storynya tentang bagaimana caranya dia mengisi masa Yusuf tanpa gajet. Hanis menjawab kanak-kanak sangat kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan apa sahaja yang ada di sekitarnya.

Lihat sahaja perkongsian Hanis, aktiviti Yusuf semuanya berkisar tentang pembelajaran asas, mewarna dan permainan yang menguji kecekapan otak Yusuf. Meninjau akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan gambar dan video Yusuf bermain permainan Lego bersama Hairul.

Hairul yang membelikan Yusuf Lego berbentuk pesawat ini turut sama meluangkan masa untuk membantu Yusuf menyiapkannya. Bukan mudah dan ianya memerlukan kesabaran dan daya memikir untuk menyusun setiap kepingan lego supaya menjadi sebuah pesawat yang lengkap.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Gelagat Yusuf bekerjasama dengan Hairul untuk menyiapkan mainan Lego ini menarik perhatian netizen. Ish daddy sampai gig1t jari memikir, Yusuf relax sahaja sudah jumpa penyelesaiannya. Antara komen-komen peminat :

” Great mommy daddy sudi layan yusuf. Tak semua parents mampu layan benda remeh pasang2 ni hihi.. “

” Eeee bijak nyeeee. World without gadjets.. Confirm otak dia tip top klau besar nnt… semoga mnjadi ank yng soleh yusuf.. “

” Good job, in sha Allah kalau smpai ke besar. Creative dan logic dia menyerlah.. “

” Daddy pun berker0t juga tu nk buat. Bijak Yusuf.. Lama2 ajar2 besar nanti jadi engineer kapal terbang je la yusuf.. “

” Well done champ. Yusuf now very smart and intelligent boy.. Yusuf is a big boy already, bijak pulak tu.. “

” Hahaha alaa cute je yusuf. That’s correct that’s correct ee ger4m.. “

” Anak lagi pandai dari bapak. Dia lagi bijak jadi observer. Tenguk sekejap dia dah tahu.. “

” Yusoff awk hencem lerr. cute dan sopan je cakap.. “

Bijak dan boleh dijadikan contoh cara Hairul dan Hanis mendidik Yusuf mengisi masa lapangnya ini. Mengasah akal dan kreativiti sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Apa pun, semoga Yusuf membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang bijaksana. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..