” Setinggi-tinggi Menara KL, tinggi lagi cinta abang pada sayang.. ” – Norman Hakim
Norman Hakim Kongsi Gambar Bersama Isteri Tercinta, Memey Suhaiza Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9 Raih Perhatian Netizen. KL Tower Menjadi Saksi Cinta Mereka, Alahai Sweetnya !!
Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci dan membahagiakan. Sikap toleransi, saling sayang menyayangi, bertolak ansur adalah perkara yang perlu dititik beratkan dalam hubungan ini. Kunci kepada kebahagian adalah menghargai pasangan masing-masing terutama ketika ulang tahun perkahwinan.
Umum mengetahui kisah percintaan dan kebahagian rumahtangga Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Pasangan merpati dua sejoli ini sering berkongsi gambar dan video bersama. Pasangan ini juga masih mempunyai hubungan baik dengan Abby Abadi, bekas isteri Norman demi anak-anak tersayang.
Hasil perkongsian hidup bersama, Norman dan Memey dikurniakan 3 orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim. Pada perkahwinan yang lalu, Norman juga mempunyai 3 orang anak bersama Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Terbaru menerusi akaun Instagram, Norman Hakim ada berkongsi gambar meraikan ulangtahun perkahwinan bersama isteri tercinta, Memey di KL Tower. Ulangtahun perkahwinan kali ini pastinya cukup bermakna selepas 9 tahun hidup bersama. Jelas kebahagian pada raut wajah keduanya. Sweet sangat kan Norman dan Memey ni.
Ikuti perkongsian gambar Norman di bawah :
Perkongsian Norman mendapat pelbagai reaksi daripada Netizen. Antara komen-komen netizen :
” Semoga sentiasa bahagia dan kekal hingga ke syurga. Aamiiiin.. “
” Dah 9 tahun pon masih sweeeeettt macam baru lepas kahwin.. “
” Makin sado cinta & kebahgian abg.. Tahniah bang… Sentiasa bercinta. Sweet. Semoga bahagia hgga ke syurga. Aamiin.. “
” Amin ya robbal a’lamin berkekalan sehingga ke syurga-nya.. “
” Happy wedding anniversary normanhakim and memeysuhaiza Semoga menganyam bahagia hingga ke syurga… “
” Alhamdulillah.. Terbaik en norman hakim jadi bapa yg baik dgn anak2.. Dan juge jaga hub baik dengan isteri memey. Tak mudah melatah.. Stay cool je.. “
” Sweetnya.. moga kekal bahagia hingga ke jannah.. Semoga kekal cinta sejati kamu hingga ke jannah Aamiin.. “
Sungguh romantik Norman dalam membuat yang terbaik untuk isteri yang tersayang. Bertuahnya Memey mempunyai seorang suami yang sentiasa menyanyangi dan menghargai erti seorang isteri. Kami doakan semoga kedua pasangan ini berbahagia dan bercinta sampai syurga. Amin.
Silakan SHARE…
Sumber : IG Norman Hakim_786
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan