” Terfikir macam mana Jejai boleh sentiasa ada dengan diorang dalam setiap majlis.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Video Kej0tan Sempena Hari Lahir Anaknya, Putra Rayfal Ramli. Namun Kehadiran Jejai Cur1 Tumpuan Dan Buat Netizen Terharu !!
Bagi peminat setia pelakon cantik Fasha Sandha, pastinya mengikuti setiap perkembangan si jelita ini. Pernah mendirikan rumahtangga bersama Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada tahun 2012, perkahwinan ini dikurniakan dua orang cahayamata comel diberi nama Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.
Tapi sayangnya jodoh mereka tidak panjang dan keduanya membawa haluan masing-masing. Setelah itu Fasha bertemu jodoh dengan pelakon Aidil Aziz. Membina keluarga bahagia bersama, baik Rayfal mahupun Jemaima sering menjadi perhatian ramai.
Kerana mesra dan akrabnya hubungan mereka bersama Jejai sekalipun sudah tidak tinggal sebumbung membuatkan Fasha dan Jejai menjadi contoh kepada pasangan ibu bapa lain. Rayfal yang kini sudahpun berusia 7 tahun dilahirkan pada tahun 2013.
Menerusi akaun Instagram, Fasha Sandha telah berkongsikan satu video yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran putra kesayangannya itu. Rayfal yang kelihatan amat gembira dengan kej0tan sambutan hari jadinya itu apatah lagi dengan kehadiran Jejai yang turut sama hadir memeriahkan lagi majlis.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen memuji keakraban Fasha dan bekas suaminya itu. Antara komen-komen netizen :
” Dan sampai sekarang aku masih terfikir macam mana jejai boleh sentiasa ada dengan diorang dalam setiap majlis semoga satu hari nanti jejai pun jumpa pengganti and family nie akan more biggest , harmonies and happiness , love sangat tengok hubungan kekeluargaan macam nie .. btw, happy birthday handsome boy.. “
” Bertuah Rayfal ada dada dan ayah. Luckiest boy in the world.. “
” Setiap kali birthday anak-anak fasha, saya suka baca notes dari daddy dia orang.. So sweet.. Hepi birthday little man.. “
” Penuh dengan harmonies.. Happy birthday handsome rayfal.. “
” Sayu tengok… Inilah buktinya ibu bapa yg berpisah, namun tidak mementingkan diri. Kebahagian anak-anak menjadi keutamaan. Tiada siapa yang kecil hati dan jauh hati. Masih boleh bahagia di sebalik cerita duk4.. “
Sambutan ulangtahun yang pasti menjadi kenangan manis buat si kecil ini. Miliki keluarga yang cukup bahagia dan saling melengkapi suatu nikmat yang jarang dapat dirasai oleh semua orang. Moga Allah sentiasa merahmati perhubungan dan keakraban keluarga ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun buat Rayfal, semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..