” Siap kekuda mintak makan. So teater.. ” – Jihan Muse

Apabila Anak Nad Zainal, Fahad Ibrahim Mula Berlatih Berlakon. Macam-Macam Gaya Kelakar Yang Keluar. Part Minta Makan Tu Sad1s Sangat Goyangnya !!

Pelakon kecik molek Nad Zainal nama yang cukup dikenali. Isteri kepada Muhammad Faliq Amirullah ini mengakhiri zaman bujangnya pada 18 Disember 2015 dan kini sudahpun bergelar ibu kepada seorang cahayamata lelaki comel yang diberi nama Fahad Ibrahim.

Fahad yang dipanggil Yem ini kini sudahpun berusia 3 tahun 6 bulan. Membesar dengan sihat sebagaimana perkembangan normal kanak-kanak lain, Yem anak yang sangat ceria. Sering menghiburkan dengan gelagat-gelagat lucunya, Yem anak yang tidak banyak ragam.

Nad Zainal yang sering berkongsikan aksi lucu Yem di akaun sosialnya ini buatkan peminat jadi ger4m dan mula mengikuti perkembangan Yem. Lihat sahaja gelagatnya sepanjang PKP sekarang, berbagai-bagai aksi Yem mencuit hati peminat antaranya berborak dari balkoni rumah dan mengikut ayahnya mengerjakan solat.

Menerusi akaun Instagram, Nad Zainal telah berkongsikan satu video yang memaparkan aksi beliau bersama anaknya Yem sedang membuat satu babak lakonan. Yem yang men1ru aksi ibunya itu kelihatan sangat comel. Ada bakat Yem ni. Mana tumpanya kuah kalau tak ke nasi.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi lakonan Yem ini. Antara komen-komen netizen :

” Next Nordin Ahmad ni.. ” – Shukri Yahaya

” Siap kekuda mintak makan. So teater.. ” – Jihan Muse

” Comel la yem. Cakap lapar tu yang tak menahan rasa nak borong makanan yang ada kat kedai semuanya je….. Hahahahahah.. “

” Wehh gaya berbakat betuii.. “

” Berbakat yem ni. Comel sangat.. “

” Alolo pandainyer yem berlakon cute betul.. “

” Hahahah adoiii kelakar lah.. “

” Time makan memang kena goyang badan ye… Hahahhahaha comey sangat.. “

Alahai Yem ger4mnya tengok muka tu. Pandai betul berlakon ye. Boleh join mama jadi pelakon hebat nanti ni. Muka minta makan tu memang tak boleh blah betul. Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yem bakal menjadi seorang pelakon hebat suatu hari nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..