” Proud with both of you. Ni barulah contoh artis ikutan.. ” – Netizen

Tindakan Suami Anzalna, Hanif Zaki Terhadap Pendakwah Bebas, Ustaz Firdaus Wong Dapat Pujian Netizen. Alhamdulillah, Semoga Murah Rezeki Anzalna Dan Hanif !!

Hanif Zaki, suami kepada pelakon Anzalna Nasir merupakan seorang ahli perniagaan dan merupakan pengurus DRB-Hicom Berhad. Memandangkan musim PKP yang masih berkuatkuasa, Hanif yang memiliki cawangan Mitsubishi di Ampang mengambil inisiatif untuk turut sama membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Menyedari betapa ramai golongan ilmuan dan agama yang tampil membuat kerja amal mereka, Hanif telah memilih seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong sebagai perantaraannya. Firdaus Wong antara orang yang turut menjadi tumpuan dengan kerja amalnya sepanjang PKP ini.

Mengedarkan pelbagai barangan kepada keluarga dan orang awam yang terkesan dengan situasi sekarang hanya dengan bantuan sebuah van khas, mendorong Hanif untuk memberikan sebuah kenderaan Triton bagi melancarkan kerja pengedaran itu sepanjang tempoh PKP ini.

Menerusi akaun Instagram, Anzalna Nasir telah berkongsikan satu video yang memaparkan suaminya Hanif bersama pendakwah bebas, Firdaus Wong di show room Mitshubishi Ampang. Sumbangan Hanif bagi meringankan kerja Firdaus Wong ini mendapat pujian ramai.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji sikap Hanif dalam membantu kerja amal ini. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah. Rezeki dari Allah dikongsi bersama.. “

” MasyaAllah, semoga Allah murahkan rezeki Anzalna sekeluarga di mudahkan urusan dunia dan akheratnya Aamiin ya Allah.. “

” Syukur alhamdullilah, semoga dimurahkan rezeki amin.. “

” Alhamdulillah. Terbaik kak Anzalna & suami.. “

” Contoh yang baik… Alhamdulillah.. Good one hanif zaki. Semoga murah rezeki.. ”

” Masya Allah, terharu bila tengok ni, Alhamdulillah.. “

” Alhamdulilah semoga di permudahkan urusan ustaz.. “

” Proud with both of you. Ni barulah contoh artis ikutan.. “

” Alhamdullilah dan syukur Ya Allah Engkau gerakkan hati hambamu ini untuk bersedekah dan membantu orang yang berjuang atas jalan Allah.. “

Mulianya hati yang boleh dijadikan ikutan. Mempermudahkan jalan orang yang berjuang dijalan Allah, Insha Allah besar pahalanya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga rezeki Hanif sentiasa dilimpahkan dan kerja amal Firdaus Wong berjalan lancar dengan izin Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna Nasir, IG Hanif Zaki, IG Firdaus Wong by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..