” Allah.. Manjanya Cik Ani macam baby.. ” – Netizen

Gelagat Ibu Chef Wan, Cik Ani Apabila Dibebel Chef Wan Gara-Gara Kuat Menonton TV Buat Netizen Tersentuh. Pelukan Manja Ibu Dan Anak, Comel Sungguh Dua Beranak Ni !!

Nama Chef Wan cukup terkenal. Sebut sahaja namanya, pasti semua akan terbayangkan mulutnya yang bec0k dan tak henti-henti membebel itu. Walaupun bebelnya non-stop namun gayanya itu sangat comel dan jadi hiburan buat peminat-peminat setianya. Dalam bebelannya pasti ada nasihat berguna.

Hidup sebagai duda sejak lama dahulu, Chef Wan yang semua orang tahu menjaga ibunya Cik Ani. Gelagat mereka anak beranak sering dikongsikan oleh Chef Wan di akaun Instagram miliknya. Melayani ibu seperti seorang permaisuri, tingkah laku Chef Wan itu dikagumi.

Cik Ani yang sudah lanjut usia mempunyai masalah pendengaran dek kerana faktor usia. Walaupun dirinya sudah tua, namun satu dapat dilihat, beliau amat mengambil berat akan hal anak dan cucu-cucunya. Kemesraan dan keceriaan keluarga Chef Wan menjadi sumber inspirasi tentang keberkatan berbakti kepada seorang ibu.

Menerusi akaun Instagram, Chef Wan telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Cik Ani yang sudah mamai mengantuk sedang dibawa naik ke bilik oleh Chef Wan. Chef Wan yang membebel kerana perangai Cik Ani yang asyik menonton TV pada waktu siang buat peminat tertawa. Comelnya anak beranak ni !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen terharu melihat layanan Chef Wan terhadap ibunya ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah dato’ chef. Memang anak mithali. Allah akan balas kebaikan dato’ kepada ibu.. “

” Tahniah dato’. Masak memang dah excellent di tambah dengan jagai ibu / family. Memang hebat dato’.. “

” You are such a blessing.. I hope my children love me as much as you love your mom.. “

” Allah.. Manja Cik Ani macam baby.. Cute Che Ani main cuddle cuddle.. ”

” Very sweet. Cik Ani is forever cheerful. She is living to the fullest .Thats how life should be. God bless both of you DCW.. “

” Kejayaan seorang anak bila mana berjaya membahagian kan kedua org tua nya sehingga akhir hayat.. Itu lah nikmat terbesar sebagai seorang anak.. I love DCW.. “

” You both are too cute, lah! You are always so fun to be with and that’s why she’s so manje with you! God bless you both, Chef!.. “

” You are so inspiring, CW. You work hard, you’re true to yourself, & most importantly you take care of the ones you love very well & responsibly. May Allah bless you with a good life always.. “

” Alololo so sweet la dua beranak nie. Semoga syurga buat mu chefwan… “

Suka sangat tengok cara Chef Wan melayan Cik Ani. Penuh sabar dan kasih sayang. Walaupun nampak ayatnya seperti kas4r namun kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tu boleh buat menitik airmata. Moga Allah membalas sebaik-baiknya kebaikan Chef Wan berbakti kepada Cik Ani. Moga menjadi tiket ke Syurga Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..