” Sempat lagi ek buat thumbs up macam tu. Yem ohhh Yem.. ” – Netizen

Video Gelag4t Anak Nad Zainal, Fahad Ibrahim Solat Bersama Bapanya Buat Ramai Terhibur. Comel Betul Yem Ni, Keletah Dia Mengeletek Hati !!

Semejak dua menjak ini, anak  Nad Zainal iaitu Fahad Ibrahim atau panggilan manjanya Yem menjadi perhatian warganet gara-gara gelag4tnya yang begitu menghiburkan. Yem yang kini telah berusia 4 tahun begitu bijak dan kehadirannya membuat kedua ibu bapanya begitu bahagia.

Untuk rekod, Nad Zainal telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Selain bergelar pelakon, Nad juga merupakan seorang model dan telah diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy.

Sepanjang bergelar pelakon, Nad telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014, Festival Filem Malaysia ke-27 bagi Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Anugerah Skrin 2015 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama).

Menerusi perkongsia terbaru di akaun Instagram, Nad telah berkongsi satu video yang memaparkan gelag4t anaknya, Yem sedang menunaikan solat bersama bapanya. Gelag4t Yem ketika solat itu pasti menghiburkan sesiapa sahaja yang menonton.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Nad itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Pndainya yem sembahyang.. “

” Jengok apaaaa tu Yemmmmm.. “

” Ps buat good sambung blk solat ye yer.. “

” Sempat lg ek buat thumb up mcm tu .. Yemm ohhh Yem .. “

” Yem ni macam Ehsan laaa. Intan payung dlm upin ipin. Hahahaha.. “

” Alhamdulilah moga jd anak yang soleh.. “

” Bole angkat2 kening lagi bg signal.. “

” Comelnya Yem jadi anak soleh ya.. “

Kelakar lah Yem, tapi Yem memang anak yang sangat bijak tau. Alhamdulillah pandai dia belajar solat. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Yem membesar denga sihat, menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya dan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nad Zainal by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..