” Bila dia saja nak cuba spek mommy, mmmmm very the Rita Rudaini.. ” – Rita Rudaini

Gambar Anak Kedua Rita Rudaini, Airiq Rafqa Arjuna Pakai Kaca Mata Cur1 Tumpuan Netizen. Wahh.. Memang Sebijik Macam Mommy Dia !!

Nama Rita Rudaini sememangnya dikenali ramai malah sering menjadi tumpuan kerana memiliki wajah yang begitu cantik meskipun sudah menjangkau usia 40-an. Selain bergelar seorang pelakon, Rita juga merupakan seorang usahawan yang menghasilkan produk minyak wangi keluarannya sendiri.

Terdahulu,  Rita yang juga finalis Dewi Remaja bagi tahun 98/99 ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008. Namun hubungan rumah tangga pasangan ini telah berakhir pada tahun 2013 apabila pasangan ini sah bercera1.

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup bersama, Rita dan Aidil Zafuan telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia 11 tahun dan Airit Rafqa Arjuna 9 tahun. Kini kehidupan Rita kembali solo bersama anak-anaknya kelihatan keluarga kecil ini sangat bahagia.

Menerusi akaun Instagram, Rita telah berkongsi satu gambar yang memaparkan anak keduanya, Airit Rafqa Arjuna. Turut berkongsi cerita oleh Rita bahawa, Rafqa mahu mencuba memakai kaca mata miliknya. Setelah mencuba, kelihatan wajah anak kedua Rita itu sangat mirip seperti Rita.

Ikuti perkongsian Rita di bawah :

Gambar Anak Rita itu turut mencur1 perhatian netizen, malah rata-ratanya turut memuji anak Rita sangat comel dan seiras seperti Rita. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dagu runcing betul sebiji ikut muka mumy dia.. “

” Elok acuan dia .. Menjadi sungguh.. “

” Ya Allah comelnya, semoga menjadi anak yg soleh dan taat pada ibu bapa.. “

” Ha.ha.. Adik sbjik muka mummy.. “

” Cantik kalau girl.. Tapi hensem bila boy.. “

” Sejuk perut kak rita.. Comei nya .. Muka mommy dia

” Nmpk mcm gurl2.. Muke sweet btl.. “

Sebijik sama macam Rita, comel jer dia bila pakai kaca mata ibunya. Orang cakap kalau anak lelaki mirip ibu, sejuk jer mata memandang. Besar nanti mesti kacak anak-anak Rita ni. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Rita sentiasa bahagia bersama anak-anak dan dimurahkan rezeki selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..