” Bila abah dia tengah paham Tik Tok.. ” – Lah Ahmad

Video Lah Ahmad Belajar Cara Main TikTok Bersama Anaknya Buat Netizen Terhibur. Alahai.. Comel Jer Dua Beranak Ni !!

Masih ingat tak lagi dengan kumpulan VE ? Kumpulan ini merupakan yang membawa lagu-lagu bergenre R&B dan soul. Ahli kumpulan tersebut terdiri daripada Shah, Lah, Zaf, Cham, Damian Mikhail yang sering menyayikan lagu-lagu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun, kini ahli kumpulan VE membawa haluan masing-masing.

Lah Ahmad salah seorang bekas ahli kumpulan VE kini sememangnya dikenali ramai sebagai seorang penyanyi yang selesa bergerak secara solo. Terdahulu, Lah juga pernah muncul mengadakan persembahan untuk program Gema Gegar Vaganza 2018 ketika mengiringi persembahan kumpulan Inteam.

Lah juga pernah aktif bersama kumpulan nasyid Al Mawlid sebelum bergerak secara solo. Telah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Yasrins pada tahun 2007. Pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki.

Menerusi perkongsian terbaru, Lah telah berkongsi satu video bersama seorang daripada anaknya. Lah juga berkongsi bahawa dia sedang mempelajari cara bermain aplikasi TikTok bersama anaknya. Video tersebut kelihatan sangat comel melihat gelag4t dua beranak ini.

Ikuti perkongsian video itu di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Lah. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Klu mcm tu punya gaya.. Mmg tak boleh coverlah nak gelak.. “

” Hahaha… Comel Adam… “

” Mcm tengok diri sendiri 20 tahun lalu kann… Hehehe.. “

” Hahahah comeeiii laaa.. ”ย 

” Hahaha sejak PM ckp psl ucapan dia jdk lagu… Trus abg Lah buat acc tiktok ekk.. “

” Baya2 kita ni nk digest tiktok, nk dpt idea.. PKP la katakan.. “

” Comelll la anak beranak ni… “

Alahai, comel jer dua beranak ni.. Pandai betul anak Lah main TikTok, siap lagu ayahnya lagi tu. Muka si ayah pun memang kelakar ja tengok anak menyanyi. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Lah Ahmad sentiasa bahagia bersama keluarga dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat dari Allah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lah Ahmad by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpaย  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..