” Sempat lagi kac4u isteri tengah masak.. ” – Netizen

Vide0 Datin Alyah Sedang Memasak, Namun  ‘Dig4nggu’ Oleh Suara Dato’ Ramli M.S. Yang Memanggil Datin Alyah Membuatkan Ramai Netizen Terhibur. Part Datin Alyah Meng0mel Tu Memang Kelakar !! 

Datin Alyah merupakan seorang penyanyi wanita yang suaranya sangat memukau. Malah, lagu Datin Alyah iaitu Tak Mungkin Kerana Sayang ciptaan Ajai dan Habsah Hassan cukup diminati oleh peminat-peminat hingga kini. Datin Alyah mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian sejak diusia 19 tahun lagi.

Untuk pengetahuna, Datin Alyah juga pernah menyertai pertandingan program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million dan  berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar.

Datin Alyah telah mendirikan rumah tangga bersama Dato’ Ramli bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli M. S. merupakan seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura. Pernikahan mereka telah berlangsung di Indonesia pada tahun 2013 dan hingga kini mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, Datin Alyah telah berkongsi video memasak nasi goreng sardin. Namun, video tersebut sangat menghiburkan kerana ketika merakamkan video memasak itu, suami Datin Alyah, Tok Ram telah memangil Datin Alyah, malah Datin Alyah sempat meng0mel kerana telah ‘dig4nggu’ ketika memasak.

Ikuti perkongsian vide0 tersebut di bawah :

Rata-rata netizen begitu terhibur dengan reaksi Datin Alyah dalam video itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” W0wwww dia panggil h0nnnnnneyyyyyyy.. “

” Comel je Tok Ram panggil.. “

” Sruh nyayi….alahaiii comell… “

” Tau la suara kite sedap” hahaha datin2…. “

” Tok ram pun… “sayang”  kacau pulak datin nak masak.. “

” Haha ada suara dato.. “

” Sempat lagi kac4u isteri tengah masak.. “

Kelakar betul dengar Datin Alyah sempat lagi meng0mel tengah masak. Amboi Tok Ram pun, kejaplah, isteri tengah masak, nanti Datin datang lah menyanyi, hehehe.. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga Dato’ Ramli dan Datin Alyah sentiasa bahagia hingga ke jannah. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alyah, Ramli M.S. by Berita Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa  kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..