” Perut tak cover line.. “

Terima Komen Daripada Netizen, Namun Respon Zizan Razak Sangat Mencuit Hati. Adehhhh Mau Tak Tidur Malam Netizen Tu. Hahaha !!

Pelakon dan pelawak terkenal di Malaysia iaitu Zizan Razak begitu dikenali ramai. Beliau merupakan antara selebriti yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai di laman Instagram. Zizan mempunyai sehingga 7 juta pengikut. Wow, ramainya !!

Zizan dahulunya selalu berganding dengan pelawak, Johan Raja Lawak dan membentuk kumpulan bernama Jozan. Jozan merupakan gabungan nama Zizan dan Johan serta mereka sering menyertai pertandingan lawak seperti Maharaja Lawak Mega.

Sepanjang penglibatan Zizan dalam bidang seni, banyak anugerah yang telah beliau perolehi. Antaranya ialah Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) diĀ Anugerah Lawak Warna 2013.

Menerusi akaun Instagram, Zizan berkongsi gambarnya ketika menjadi panel juri jemputan untuk rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim Ke 3 episod artis jemputan MK. Beliau mengajak para peminatnya menonton rancangan tersebut yang akan bersiaran pada malam ini.

 

Rata – rata netizen tidak sabar untuk menonton episod ICSYVM pada malam ini. Antara komen-komen mereka :

” Mantap abang zizan.. “

” Tak sabarnyeee nk tgk mlm ni confirm kelakar hbs .. “

” Wah.. hahahahha msti lawak abis ni.. “

” Bereh bohh.. “

” Tak Sabar.. steady.. “

” Pergh ada MK NGAN ZIZAN in the house do.. “

Namun komen seorang netizen ini telah mendapat respon dari Zizan :

Adoi, jawapan Zizan kalau tidak lawak memang tidak sah. Tapi lain macam sungguh respon Zizan kali ini. Boleh tak tidur malam netizen yang bertanyakan soalan tersebut. Haha. Apa pun, jangan lupa saksikan Zizan pada malam ni dalam ICSYVMY3.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..