” Kreatif, mudah dan selesa.. “

Video Perkongsian Adam Corrie Lee Membuat DIY Mask Mendapat Pujian Ramai. Wah, Semudah ABC. Sesiapa Sahaja Boleh Cuba. Terbaik !!

Pelakon yang sering mendapat jolokan watak antag0n1s iaitu Adam Corrie Lee Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau merupakan seorang berbangsa Cina yang asalnya beragama Buddha di Pulau Pinang. Beliau telah memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007.

Adam Corrie merupakan seorang anak tentera, beliau mampu berbahasa Kantonis, Hokkien, Inggeris dan Melayu dengan baik sekali. Pada tahun 2008, beliau telah memilih seorang gadis melayu, Fazima Fuad sebagai suri hidupnya.

Perkahwinan mereka telah dikurnikan seorang cahaya mata lelaki selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Permata hati mereka diberi nama Adam Fateh Lee. Pasangan ini dipuji ramai kerana berkat kesabaran mereka menanti cahaya mata.

Menerusi akaun Instagram, Adam Corrie berkongsi tutorial membuat DIY mask dengan hanya menggunakan sapu tangan sahaja. Oleh kerana sangat sukar untuk mencari mask yang dijual di kedai-kedai, beliau membuat inisiatif sendiri dengan menghasilkan mask cara mudah.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen berterima kasih atas perkongsian yang diberikan. Antara komen-komen mereka :

” Saya dah cuba… Selesa betul pakai.. Terima kasih kongsi ilmu .. “

” Rasanya tudung bawal pun boleh bedal ni buat mcm ni.. “

” Tq bang…. bole. cuba buat. “

” Waa kreatif adamcrrie.. “

” Wah.. mudah.. “

” Kreatif sungguh cikgu Corrie.. “

” Mask DIY ya abang reka sendiri ja.. alhamdullillah.. terima kasih .. “

” Kreatif, mudah dan selesa.. “

Wah, nampak sangat mudah bukan? Jadi jika anda di luar sana tiada mempunyai mask bolehlah mencuba cara Adam Corrie. Anda juga boleh meletakkan tisu di dalam sapu tangan tersebut untuk menjadikan mask tersbut berlapis. Selamat mencuba !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adam Corrie Lee by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..