” Mana ada Elsa perut b0ncit macam ni.. “

Video Fizz Fairuz Menyakat Anaknya, Selagi Tak Menangis Lah Yer. Tengok Reaksi Arriana. Alahai, Nasib Lah Dapat Ayah Kuat Menyakat !

Nama Dato’ Fizz Fairuz atau pemilik nama sebenar Mohd. Fairuz bin Zainal Abidin tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakatnya dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikaikan dan lakonannya sangat menjadi dan sampai terkesan di hati penonton.

Untuk pengetahuan Fizz memulakan kerjaya awal sebagai pelagak nger1. Namanya mula dikenali ramai setelah Fizz memegang watak Aidil dalam drama bersiri terkenal yang menjadi fenomena satu ketika dulu iaitu Nur Kasih. Dalam drama ini Fizz bergandingan dengan Remy Ishak dan juga Tiz Zaqyah.

Umum mengetahuan, Fizz telah berkahwin dengan pelakon comel Almy Nadia pada tahun 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afirna Aurora dan Nur Afrina Ayra.

Menerusi akaun Instagram, Almy berkongsi video anak sulungnya, Arianna yang sedang bercerita dengan Fizz. Arianna mengatakan yang dia ingin menjadi Elsa, watak kartun Frozen yang sangat terkenal. Apa yang menariknya, Fizz menyakat anaknya dengan mengatakan tiada Elsa yang mempunyai perut yang b0nc1t.

Jom tengok reaksi Arianna yang comel dalam video di bawah :

” Ok hampaa tgk perbualan anak beranak ni yerk..  klu buleh laa pak depa selagi tak nagis.. “

Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat anak beranak ini. Antara komen-komen peminat :

” Hahahahaha cute laaa cik almyyyyyy. Mcm kwan2, ulang bnyk kali tgk.. ”

” Hahaahhaha pak pun jenih kaki nyakat. Awat la depa ni comei sngt.. ”

” Biasa tu datin.. anak dara saya pum mcm ni rapat dgn saya.. semua cerita kat sekolah saya tempat mendengar.. hehe.. “

” Best.. tgk bapak kalo sporting pastu anak dia sume pompuan pastu dia dok nyakat.. “‘

” Btl kn, anak girl2 mmg rapat dgn ayah.. “

” Fizz kalau x menyakat bukanla fizz nampaknya.. “

” Hahahaha kemain lagi sakat anak.. “

” Anak Sis yg first sebiji mcm anak sy tang peyut tu x taw nk kedepan mana lg… anak sy pmpn juga… klu tgk anak sis @almynadiaofficial mesti rindu anak kt rumah.. “

” Hahaha macam arw4h abah saya sis. Bergurau dengan anak2 mcm ni.. “

Alahai ayah-ayah ni memang suka menyakat anak selagi tak menangis kan ? Hehehe. Apa-apa pun ini adalah gurauan dan kenangan berharga yang akan kita akan kenang bila hari tua nanti. Anak-anak adalah penghibur hati. Kami di Berita Kopak mendoakan Fizz dan Almy hidup berbahagia di samping anak-anak tersayang sehingga ke syurga. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Almy Nadia by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..