” Dulu saya pernah terduduk tersungkur, duit dalam bank ada RM500 je tapi.. “

Luahan Dato’ Aliff Syukri Buat Ramai Yang SEBAK !!

Nama Dato’ Aliff Syukri tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya sering diperkatakan oleh orang ramai. Dato’ Aliff juga sangat aktif di media sosial terutama sekali di Instagram. Bukan sahaja menjual produk, tapi Dato’ Aliff juga sudah merakamkan beberapa lagu untuk peminat-peminatnya.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Aliff Syukri meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Menurut Datuk Aliff walaupun dulu hidup susah, tetapi beliau rasa gembira hidup bersama keluarga. Tetapi sekarang, walaupun sudah kaya dan banyak duit, pelbagai ujian dan dugaan terpaksa ditempuhi.

Tambah Dato’ Aliff lagi, bukan mudah Datin Shahida untuk jadi isteri kepada dirinya. Ianya memerlukan kesabaran dan ketabahan. Datin Shahida tetap setia berada di sisi Dato’ Aliff ketika susah dan senang.

Baca luahan Dato’ Aliff di bawah :

” Walau rib0t melanda saya tahu awak akan bersama sy syg… “

” Ramai org lihat saya sekrg tpi tidak ramai melihat sy dahulu yg susah… dulu sy pernah terduduk tersungkur duit dlm bank ada rm500 jee tpi kita happy… “

” Tapi skrg.. duit ada byk tpi lain pulak dug4an.. apa pun kita tempuhi juga… saya tahu bukan mudah bergelar wife kpd @aliffsyukriterlajaklaris .. “

” Banyak kesabaran dia yg selalu ada di sisi saya di kala saya senang dan susah… di mana dia ada di ketika saya senang dan susah.. “

” Dia ada ketika mana saya x mampu pun membeli benda2 yg berharga…. doakan kami kekal hingga ke jannah.. “

” Hanya Allah yg tahu betapa susahnye menjadi org bisnes ni dan nak mengekalkan bisnes yg hampir 10 tahun ini tanpa bantuan sesiapa kecuali keluarga kecil kami.. “

View this post on Instagram

walau ribut melanda saya tahu awak akan bersama sy syg… . . ramai org lihat saya sekrg tpi tidak ramai melihat sy dahulu yg susah… dulu sy pernah terduduk tersungkur duit dlm bank ada rm500 jee tpi kita happy…tapi skrg.. duit ada byk tpi lain pulak dugaan.. apa pun kita tempuhi juga…saya tahu bukan mudah bergelar wife kpd @aliffsyukriterlajaklaris .. banyak kesabaran dia yg selalu ada di sisi saya di kala saya senang dan susah…di mana dia ada di ketika saya senang dan susah,dia ada ketika mana saya x mampu pun membeli benda2 yg berharga….doakan kami kekal hingga ke jannah.. hanya allah yg tahu betapa susahye menjadi org bisnes ni dan nak mengekalkan bisnes yg hampir 10tahun ini tanpa bantuan sesiapa kecuali keluarga kecil kami…… Tudung wife sy dari @cloverush

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen menasihati Datuk Aliff supaya tabah dan sabar dengan setiap ujian yang datang. Antara komen-komen netizen :

” Amin dato …. moga dato sekeluarga kekal hingga ke syurga jannah … abaikan mulut netizen bukan dia org yg bagi dato nasi pon … itu pon usha dato ……….. semua org x lari dari silap … moga dato sekeluarga dilindungan Allah . Moga terus success . Selamat maju jaya amin ! “

” Banyakkan bersabar dato dan datin. waktu beginilah sesuai untuk bermuhasabah diri. mengadulah pada Allah. dia mendengar segalanya. ingat keluarga dan anak2 kesian mereka. dato tumpukan pada bisnes je. sya tahu datin seorang isteri, ibu yg kuat. semoga lps ni dato berhati2 dalam berbicara ye.. “

” Salam silatulrahim.. Salam ukhwah.. Semoga Dato dan Datin sekeluarga terus mendapat rahmat dan dipermudahkan urusan oleh Allah swt…. Aamiin.. “

” Sesiapa pun pasti akan mencuba belajar dari kesilapan walaupun berulang kali kesilapan itu terjadi… bukan dato sahaja, diri kita sendiri pun berulang kali melakukan kesilapan tapi hanya berbeza dari aspej yg lain. Jangan cepat menuduh dia tidak belajar dari kesilapan.. “

” Ingat datok nak jadi org yg dikenali ramai bukan senang… datok kena jaga segala tingkah laku datok bila datok tersasar sedikit… akibatnya isteri dan family datok yg mendapat tempiasnya… kesian mereka datok… disebabkan kesalahan datok mereka terpaksa menerima cem0hannya…. “

” Inshaallah dato setiap ujian dan dugaan yg diterima kita itu sudah tentu dia yg mencipta tahu yg umatnya mampu pikul.. Alhamdulillah dato masih ade tulang belakang yg banyak memberi sedikit sebanyak kekuatan.. dalam kehidupan sudah tentu ada ketika kita xmampu memuaskan hati org.. kita kan x sempurna jadi buat ape yg termampu je dato dan berusaha sebaik mungkin inshaallah dia maha mengetahui keupayaan dato.. org diluar ada yg xpuas tu biar kan sahaja.. janji jadi diri sendiri dan moga dato kuat bersama keluarga tercinta.. aamiin.. “

Setiap orang ada ujian masing-masing. Orang susah ada ujian, orang senang pun ada ujian. Yang penting cara kita menangani dan berdepan dengan ujian itu.

Semoga Datuk Aliff dan Datin Shahida tabah dan sabar dengan segala ujian yang datang. Ingatlah ada lagi orang yang lebih berat ujiannya daripada kita. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan perbaiki kekurangan dan kekhilafan kita.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..