” Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah.. “

” Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku.. ” – Perkongsian Dato’ Siti Nurhaliza Umrah Bersama Anaknya Buat Peminat Sebak !!

Siapa tak kenal dengan anak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid. Wajah comel Si Pipi Merah yang lahir pada 19 Mac 2018 ini membuatkan sesiapa pun tidak jemu menatap wajahnya.

Kehadirannya bukan sahaja dinanti-nantikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sahaja, tetapi seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat-peminat penyanyi yang telah memenangi banyak anugerah ini.

Malah peminat-peminat yang berada di Indonesia, Singapura dan Brunei juga turut mendoakan pasangan ini dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah Allah makbulkan doa dengan kehadiran Si Pipi Merah, Aafiyah ini.

Selepas 11 tahun Datuk Siti menanti untuk bergelar ibu manakala Datuk Khalid menunggu selama 18 tahun bagi memperoleh cahaya mata perempuan, kelahiran Siti Aafiyah merupakan suatu anugerah terbesar buat mereka.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama itu dipilih ketika pasangan itu mengerjakan umrah sebelum ini.

Ramai sedia maklum, pada Ramadhan kali ini Dato’ Siti sekali lagi berpeluang untuk menunaikan Umrah. Jika sebelum ini Dato’ Siti berdoa mohon dikurniakan zuriat di Mekah, tetapi kali ini lebih istimewa lagi kerana anaknya Aafiyah turut serta dibawa bersamanya.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Siti berkongsi video semua berada di Masjidil Har4m. Ramai yang kagum dengan Aafiyah yang sangat baik dan tidak merag4m serta mudah dijaga menurut Dato’ Siti.

Jom tonton video di bawah :

” Alhamdullillah, pengalaman umrah hujung ramadhan pertama kali buat Aafiyah.. Pengalaman yg takkan saya lupakan sampai bila bila… Aafiyah anak yg baik & mudah nak di jaga.. “‘

” Semoga Umrah ini bukan terakhir buatmu anakku.. Teruskan menziarahi Masjidilhar4m, MasjidilNabawi dan inshaaallah impian ibu kita ke MasjidilAqsa pula nanti ye.. “‘

” 3 Masjid yang perlu kita usahakan utk ziarah bila kita berkemampuan.. “

Rata-rata peminat mendoakan semoga urusan Umrah Dato’ Siti dipermudahkan lebih-lebih lagi membawa anak kecil seperti Aafiyah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Antara komen-komen peminat :

” Dulu bila siti pg Mekah, Sy selalu fikir pasti siti Doa nk kn zuriat.. sy pun selalu Doa agar biar siti dpt anak.. Siti org baik, Semua org doakan dia. Mohon dpt zuriat setelah sekian lama berkawin Dan Hari ni, lihat siti Bawa anugerah Allah, Aarfiyah bersama.. di masjidil har4m Terasa syahdu, Sayu Hati… MasyaAllah tabarakallah.. “

” Sebab tu la Allah jodohkn dato ct dgn dato k.. sbb dato k seorng suami yg baik.. caring dan pembimbing ke jannah.. Alhamdulillah bahagia sy melihat idola sy bahagia. moga dipermudahkan segala urusan dan niat tokti sekeluarga.. doakn jg sy mampu bawa keluarga terutama kedua ibu bapa menunaikan ibadah haji dan umrah.. Aamiin.. “

” Aafiyah budak baik ni. diam je dan takde pun nak buka tudung tu.. “

” Alhamdulillah.. Aafiyah anak yg baik dan solehah. Moga Allah permudahkan semuanya.. Aamiin Ya Rabb.. Take care ct syg.. “

” Ya Allah betapa beruntungnyaa dato ct dikurniakan aafiyah. X merengek lgsg.. “

” Alhamdulilah… baiknya aafiyah… semoga dipermudahkan segalanya dan doa ibu dimakbulkan utk terus dpt menziarahi bersama2 .. aamiin.. “

” Semoga Aafiyah selalu menjadi anak yang menyejukkan hati, menjadi anak yang sholeha dan berbakti kepada kedua orang tua Aammiinn ya Allah ya rabbal’alAamiinn.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan Dato’ Siti sekeluarga mendapat umrah yang mabrur, inshaAllah. Semoga dipermudahkan semua urusan. Semoga Aafiyah menjadi anak yang solehah, yang membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..