” Dari kecik dah comel. Putih Melepak, macam anak Mat Salleh.. “

PU Azman Kongsi Gambar Throwback Masa Kecil, Alahai Comelnya Dia !!

Ramai yang mengenali Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman berdakwah menggunakan konsep baru yang lebih mesra orang muda melalui media sosial.

Malah, dengan menggunakan bahasa sempoi atau hipster untuk menarik anak muda memahami hukum Islam, ternyata berkesan bahkan semakin hari, jumlah pengikut di laman sosial miliknya terus meningkat dengan semuanya berminat untuk bersoal jawab mengenai hukum agama.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapannya itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.

Melalui akaun Instagram, PU Azman berkongsi gambar throwback semasa kecil. Ramai yang mengatakan wajah PU Azman masa kecil putih melepak macam anak Mat Salleh. Perkongsian ini mendapat perhatian ramai sehingga menerima banyak komen dan likes daripada netizen.

Baca perkongsian PU Azman di bawah :

” Terima kasih Kak Ya send gambar lama dalam grup. Memang dari kecik kau suka pakai baju merah yer dik.. “

Rata-rata netizen memuji kecomelan PU Azman semasa kecil. Antara komen-komen netizen :

” Macam anak omputih.. “

” Muka x berubah… sama jew dr kecik sampai la ne haah.. “

” Kecik2 pon da muke ustaz ye dik.. “

” Chomel la budak ni. Tapi rasanya sampai skrg pom chomel lg. Jgn marah ustaz, nti kena juai.. “

” Mmg sopan dari kocik ye ? hihi.. “

” Ya Allah ramai nya nak torai pak Cik Aku. Zikir paksu.. “

” Dan skrg dia telah menjadi salah satu insan yang bole dan mampu memberi rujukan serta panduan ttg hukum hakam ttg islam.. “

” Juruhnye budok ni. Dr kecik lahir2 jaga mate. Nunduk aje ke bawoh.. “

” Tengok gambar ni teringat kat cerita ‘Diari Ramadhan Rafique’ “

Dari kecil lagi dah handsome rupanya PU Azman yer. Alhamdulillah bila sudah besar jadi Ustaz, sejuk perut emak yang mengandung. Semoga PU Azman diberi kesihatan yang baik agak usaha untuk menyampaikan dakwah dipermudahkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..