” Selepas 3 bulan kawin suami saya kata ‘abang kahwin dengan ina sebab abang kesian saja.. ‘ “
” Kakak lah (isteri pertama) segala-galanya dalam hidup abang. Selepas kahwin baru abang sedar abang lebih perlukan dia.. ” – Perkongsian Zarina Zainuddin Buat Ramai Yang Sebak !!
Nama pelakon berbakat besar Zarina Zainuddin tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah anaknya Azal dan juga Azil turut dikenali ramai kerana Zarina sering berkongsi gambar dan video kedua-dua anak syurga ini.
Sering membawa watak antag0nis yang sangat menjadi membuatkan ramai yang kagum dengan bakat pengusaha pulut kuning yang berjaya ini.
Malah perniagaan pulut kuningnya bukan sahaja mendapat tempahan di sekitar Lembah Klang, tetapi turut di bawa masuk ke Singapura.
Melalui akaun instagram, sebelum ini Zarina Zainuddin pernah berkongsi kisah ketika di awal perkahwinannya bersama suami dan hidup bermadu. Perkongsian ini buat ramai yang rasa sebak dengan kesabaran yang ada pada Zarina menempuh alam rumahtangga tanpa cinta daripada suami sendiri pada awal perkahwinan.
Perempuan mana yang tidak sedih bila dikatakan tidak dicintai oleh suami sendiri. Apapun semua yang berlaku ada hikmah. Akhirnya Allah permudahkan semuanya. Alhamdulillah.
Baca perkongsian Zarina di bawah :
” 13 julai 1993 tarikh keram4t saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya.. saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berder4i.. “
” Walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluk4 disaat saya baru mengejar bahagia.. “
” Perkahwinan dalam usia saya 22 tahun.. saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin ke kiri ke kiri lah saya ditiup angin ke kanan ke kananlah saya.. “
” Lalau kakak izinkan saya kawin , Allhamdulilah dengan izinnya.. kawinlah saya nun jauh di seberang sana .. “
” Selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya.. abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja, kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia.. “
” Kalau ina nak cinta cinta ni tak ada.. kalau sabar adalah nanti.. kawinlah saya tanpa cinta.. dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang tak nak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang.. “
” Kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar. Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman.. “
” Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua.. anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..
” Cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya. Saya pernah buat silap.. tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya.. “
Rata-rata peminat memberikan kata semangat untuk Zarina. Antara komen-komen peminat di akaun instagramnya :
” Akk seorg insan yg Allah pilih tentu ada hikmahnya Allah uji akk Allah tahu akk kuat & tabah sesungguhnya ada ganjaran syurga utk Akk… Suka tgk akk kuat dlm membesarkan anak2.. ”
” Semoga kebahagiaan kak ina sekeluarga kekal hingga ke syurga.. aamiiinnnn.. ”
” Be strong aunty. Allah knows how strong you are. Semoga balasan syurga untuk aunty.. ”
” Happy 25th Anniversary Puan @zarinazainuddin_ berkat sabar, cinta dan bahagia akan jadi milik kita setelah kita serahkan kpd Allah swt yg memegang hati manusia.. ”
” Allahu… kawin sbb kesian.. sedihnya bca kisah kak ina.. semoga kak ina sentiasa sabar dlm menempuhi dugaan yg mendtg.. aminn.. ”
” Allahu… kawin sbb kesian.. sedihnya bca kisah kak ina.. semoga kak ina sentiasa sabar dlm menempuhi dugaan yg mendtg.. aminn.. ”
” Kak zarina.. baik orgnya, inilah cara kalau benar ingin bermadu. Bertemu secara berdepan dengan isteri pertama. Saya salute dan respect dgn akak. Susah nak jumpa wanita isteri kedua seperti akak, kebanyakannya nak “conquer” everything, tapi akak tunjukkan contoh yg bermadu itu tidaklah sepahit yg disangka.. Saya doakan akak diberi kebahagiaan dan ketenangan dunia dan akhirat bersama suami, madu, anak2, dan seluruh keluarga besar akak.. ”
Alhamdulillah Zarina kini sudah hidup berbahagia walaupun berkongsi kasih suaminya dengan isteri pertama. Malah hubungan Zarina dengan keluarga isteri pertama juga turut rapat.
Semoga Zarina terus tabah menjalani hidup ini bersama keluarga tersayang. Setiap yang pahit itu, inshaAllah akan manis juga akhirnya bagi orang yang bersabar. Semoga urusan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..