” MasyaAllah, mulianya hati Tengku. Terpancar seri dan wajah kerana keikhlasan hati masing-masing.. “

Netizen Terharu Melihat Kemesraan Tengku Zawyah Dengan Datuk K dan Dato’ Siti Nurhaliza Di Majlis Hari Lahir Arif Jiwa !!

Anak kepada Asyraf Khalid dan selebriti kelahiran Indonesia yang kini menetap di Malaysia, Tya Arifin ini lahir pada 31 Mac 2017. Sehingga kini Arif mempunyai seramai 756 ribu pengikut di Instagram yang dikendalikan oleh ibu dan bapanya sendiri.

Cucu kepada penyanyi tersohor negara kita Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga pernah memenangi Si Cilik MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018). Aksinya yang manja dan suka tersenyum membuatkan Ariff berjaya memikat hati ramai pengikutnya.

Menerusi akaun Instagram, ibu kepada Asyraf yang merupakan bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa iaitu Tengku Zawyah Tengku Izham memuatnaik gambar dan video sekitar Majlis Hari Lahir cucunya, Arif Jiwa yang ke 2. Sambutan sekali lagi diadakan di Rumah Anak Yatim seperti tahun sebelum ini.

Majlis Hari Lahir Arif pada tahun ini bertemakan Mickey Mouse. Arif kelihatan sangat comel memakai kostum Mickey Mouse. Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat termasuklah Datuk K, Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah, adik beradik Asyraf yang lain dan ramai lagi.

We shared Arif special day with anak-anak yatim at Rumah Anak Yatim Titian Kaseh.. Happy Birthday pipi pao.. may you always receive the blessings of Allah SWT. Love u loads.. “

(Klik kanan untuk video dan gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen terharu melihat kemesraan Tengku Zawyah dengan bekas suami, Datuk K dan Dato’ Siti Nurhaliza. Walaupun sudah berpisah tetapi mereka masih baik lagi demi anak-anak tersayang.

Ramai sedia maklum sebelum pernikahan bersama Datuk Siti, Datuk K pernah berkahwin dengan Tengku Zawyah pada tahun 1990. Namun begitu jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya mereka bercer4i pada tahun 2004.

Hasil perkahwinan tersebut, Datuk K memiliki empat orang anak, Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Muhammad Aazief.

Antara komen-komen netizen :

” Terpanggil untuk saya comment ig @teezac… saya bukan siapa2, org biasa, sekadar followers tg.. MasyaAllah, mulianya hati tengku. Saya selalu mngikuti prkembangan ig story tg… Berbaik2 dgn dato’ siti… dgn ex husband… amat mesra sekali, apalagi dgn anak2 menantu, Allahu…. Semoga kebahagian sentiasa bersama tg dan family, inshaa Allah… aamiin.. “

” Terpancar seri wajah kerana keikhlasan hati masing2. MashaAllah.. “

” Selamat hari lahir Arif, semoga mjadi anak yg soleh.. Happy tgok family ini. Benar lah anak2 itu pbawa rezeki dan kebahagiaan. Arif lahir utk menyatukan Dan mbawa keharmoniaan dlm family ini.. Semoga bekalan hingga ke syurgaNya.. “

” Happy birthday Arif. Semoga jd anak yg soleh pintar & berjaya. Keluarga yg penuh kasih sayang. Semoga keluarga ini dirahmati. Aamiin… “

” Bless beautiful and lovely family @teezac.. Happy birthday Arif comel.. “

” Keluarga besar yg bahagia selepas keluarga Abby Abadi. moga tengku dan ds siti berbahagia.. “

” Alhamdulillah.. Happy Birthday @arifjiwaasyraf Semoga sentiasa dlm rahmat dan kasih syg Allah swt.. Jadi anak yg soleh.. amin.. “

Di bawah adalah gambar-gambar sekitar Majlis Hari Lahir Arif Jiwa yang kedua yang dikongsikan oleh Tengku Zawyah :

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang kedua buat Arif Jiwa. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh yang taat kepada suruhan Allah, Rasulullah, agama dan juga kedua ibu bapa.

Semoga hubungan silaturrahim keluarga besar ini berkekalan sampai ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tengku Zawyah by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..