” Kenapa tak beranak sendiri je ? Kenapa ambil anak angkat ? “

” Kesian kat suami yang baru, tak merasa zuriat sendiri dengan Abby.. ”  – Terima Soalan Pedas Netizen, Abby Abadi Akhirnya Dedah Ini Sebabnya.. !!

Ramai yang sedia maklum pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil dua orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Daiyan dan Dayana dijaga Abby dan suaminya seperti anak kandung sendiri. Malah Abby dan Faizal tidak membezakan Daiyan dan Dayana dengan anak mereka yang lain.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marisa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim

Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya mereka berpisah. Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan sebagai suami isteri, tetapi kebajikan anak-anak saling tetap dititikberatkan oleh mereka berdua.

Kini masing-masing sudah berkahwin lain dan bahagia dengan pilihan mereka. Norman Hakim kini bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza dan anak-anak.

Malah Abby dan suami turut menganggap anak-anak Norman dan Memey seperti anak kandung mereka juga. Kehadiran Daiyan dan Dayana juga turut menambah seri dan kebahagian dalam keluarga mereka.

Namun begitu masih ada yang mempersoalkan kenapa Abby tidak mahu mempunyai anak sendiri dengan suaminya sekarang. Tidak kasihan kah kepada suami yang juga ingin merasa zuriat sendiri bersama Abby. Kenapa sampai perlu ambil anak angkat ?

Menerusi akaun Instagram, Abby menjawab persoalan yang sering ditanya kepadanya itu. Rupa-rupanya Abby pernah keguguran 2 kali sebelum ini. Baca perkongsian Abby di bawah :

” Kesayangan Mama, Bulan Bintang Mama, Dunia Akhirat, InshaALLAH @daiyandayana.. “

” Ada yg bertanya : Kenapa tak beranak sendiri? Kenapa ambil anak angkat? Kesian suami yg baru ni, tak merasa zuriat sendiri dgn Abby. Tak mungkin sama kasih sayang anak angkat dgn anak sendiri, kan? Mesti begitu. Mesti begini.. “

” Sebab kawan Sy bela anak angkat, bila dpt anak sendiri, memang anak angkat terketepi, katanya lagi.. Aduh duhh duhh.. Banyak betul persoalan yg ditimbulkan.. “

” Tanya kita, mengalahkan dia tu polis. Ingat kita ni kaunter pertanyaan ke.. “

” Tp Sy usaha jawab juga : ” irhamman fil ardhi yarhamka man fissamaa ”, “ Sayangilah yg ada di bumi, niscaya yg ada di langit akan menyayangimu. (HR. At Thabrani).. “

” Sy dah dua kali gugur dgn suami ni. Lagipun dah awal 40an. Takut dah takde rezeki. Itu yg tergerak hati utk ambil anak2 ini. Dan tak terasa bezapun dgn anak sendiri.. “

” ISLAM agama penyelesaian. Setiap masalah atau persoalan, yg tak dpt diselesaikan pasti ada petunjuk dari DIA.. “

” Macam anak2 ni, kami ambil jaga.. susukan dgn susu badan, paling kurang 5 kali kenyang, terus jadi mcm anak kami sendiri.. “

” Faham yang itu kan? Kalau faham mesti tak banyak sangat persoalan yg ditimbulkan.. “

” Setiap manusia ALLAH kurniakan kelebihan / kekurangan berbeza. Kawan awk begitu, tapi Sy tak mcm kawan awk tu. So nak kata mcmana ?? Tak baik membeza2kan.. “

” Baik dari segi layanan, mahupun kasih sayang. Bukan pada anak2 sendiri je, pada anak2 org lainpun. Kena sayang semua.. “

” Alang anak Oman / Memey pun Sy buat mcm anak Sy, Selalu belikan baju, belikan hadiah & sebagainya. Apatah lagi anak2 yg Sy jaga siang malam ni.. “

” Cukuplah mempersoalkan & bersangka2 ye. Yg ada anak anugerah terindah je yg tahu betapa kasih & sayangnya kami pada anak2 yg ALLAH kurniakan ini.. “

” Mohon doa yg baik2 ye. Doakan anak2 kami menjadi hamba ALLAH yg beriman, Anak2 yg soleh / solehah, yg bermanfaat utk Umat manusia. Menjadi Pejuang ISLAM yg berani ke depan & berani menegakkan kebenaran.. Amin.. “

View this post on Instagram

Kesayangan Mama Bulan Bintang Mama Dunia Akhirat, InshaALLAH @daiyandayana 👶🏻👶🏻 . Ada yg bertanya: Kenapa tak beranak sendiri? Kenapa ambil anak angkat? Kesian suami yg baru ni, tak merasa zuriat sendiri dgn Abby. Tak mungkin sama kasih sayang anak angkat dgn anak sendiri, kan? Mesti begitu. Mesti begini. Sebab kawan Sy bela anak angkat, bila dpt anak sendiri, memang anak angkat terketepi, katanya lagi.. Aduh duhh duhh.. Banyak betul persoalan yg ditimbulkan. Tanya kita, mengalahkan dia tu polis. Ingat kita ni kaunter pertanyaan ke 🙊 . Tp Sy usaha jawab juga: "irhamman fil ardhi yarhamka man fissamaa” “Sayangilah yg ada di bumi, niscaya yg ada di langit akan menyayangimu. (HR. At Thabrani) Sy dah dua kali gugur dgn suami ni. Lagipun dah awal 40an. Takut dah takde rezeki. Itu yg tergerak hati utk ambil anak2 ini . Dan tak terasa bezapun dgn anak sendiri. ISLAM agama penyelesaian. Setiap masalah atau persoalan, yg tak dpt diselesaikan pasti ada petunjuk dari DIA. Macam anak2 ni, kami ambil jaga.. susukan dgn susu badan, paling kurang 5kali kenyang, terus jadi mcm anak kami sendiri. Faham yang itu kan? Kalau faham mesti tak banyak sangat persoalan yg ditimbulkan ☺️ . Setiap manusia ALLAH kurniakan kelebihan/kekurangan berbeza. Kawan awk begitu, tapi Sy tak mcm kawan awk tu. So nak kata mcmana?? Tak baik membeza2kan. Baik dari segi layanan, mahupun kasih sayang. Bukan pada anak2 sendiri je, pada anak2 org lainpun. Kena sayang semua. Alang anak Oman/Memey pun Sy buat mcm anak Sy, Selalu belikan baju, belikan hadiah & sebagainya. Apatah lagi anak2 yg Sy jaga siang malam ni 🥰 . Cukuplah mempersoalkan & bersangka2 ye. Yg ada anak anugerah terindah je yg tahu betapa kasih & sayangnya kami pada anak2 yg ALLAH kurniakan ini .Mohon doa yg baik2 ye. Doakan anak2 kami menjadi hamba ALLAH yg beriman, Anak2 yg soleh/solehah, yg bermanfaat utk Umat manusia. Menjadi Pejuang ISLAM yg berani ke depan & berani menegakkan kebenaran.. Amin 😘 #harapsymenjawabpersoalanawakyer #jangantanyalagi

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Rata-rata peminat bersetuju dengan kata-kata Abby. Antara komen-komen peminat :

” Terbaik @abby_abadi112 … Allah dah anugerahkan yg terbaik. Dugaan hebat utk org2 yg hebat macam @abby_abadi112. Moga terus berjaya dunia akhirat.. “

” Takbaik bersoal gitu tau. Positif sudah la kan. Ada rezeki mesti ada. Tak ada rezeki jangan jadikan isu sampai kedua pihak terasa yedok @abby_abadi112. Tengok family ni bahagia bersama anak angkat anak tiri anak kandung pun seronok je.. “

” Dlu sy xau Daiyandayana ank angkt sbb muka dorg sama mcm muka abby dn suami.. ank angkt atau ank sndiri sbnr nye xde beza pn smua pmbawa rezeki.. “

” Semoga dipermudahkan kak abby dalam mendidik dan membesarkan anak2 ini.. “

” Alhamdullilah nikmat kasih sayang yg Allah swt campakkan dlm hati.. iman kita dgn rahmat dan kasih sayangNya.. hidup tenang.. “

” Diorang ingat nak mengandung ni boleh pakai tiup2 agaknyer ek? Lupa ke kita itu semua rezeki dari Allah taala. Allah is the best planner. Ada sebab dan ada hikmah. Wallahualam.. “

Anak itu anugerah Allah. Tidak kira anak itu anak kandung, anak tiri atau anak angkat sekali pun, mereka adalah anugerah yang terindah yang Allah hadirkan dalam hidup kita. Jangan sesekali mengabaikan amanah yang Allah berikan kepada kita.

Kepada Abby, semoga Allah permudahkan semua urusan Abby dalam mendidik Daiyan dan Dayana menjadi anak yang soleh dan solehah serta yang akan membahagiakan kedua ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Abby Abadi by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..