” Ya Allah sebak hati tengok. Menitik air mata.. “

Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Bawa Anak-Anak Kurang Berkemampuan Beli Baju Raya, Buat Ramai Yang Sebak. Ya Allah, Baiknya Ustaz Ebit !!

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati insan-insan yang terkapai-kapai dalam ‘kegelapan’ demi untuk membawa mereka ke kembali ke pangkal jalan seperti remaja bermasalah dan juga golongan LGBT.

Tidak pernah sekali beliau mengeluarkan kata-kata yang kasar dan menghina golongan yang tersasar atau dengan kata lain telah jauh dari agama. Malah Ustaz Ebit selalu mendampingi golongan ini dan mengajak mereka kembali ke jalan yang diredhai.

Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah yang selalu melihat dan melawat tempat yang jarang kita tahu kehidupan di sebaliknya. Beliau senantiasa mengajak masyarakat ke jalan kebaikan dengan cara dan gaya beliau yang lembut dan sangat berhemah.

Pendekatan Ustaz Ebit secara sopan dan berhemah itu sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi bagi insan-insan yang pernah didekatinya atau yang dibantu olehnya. Ustaz Ebit sangat terkenal dengan tagline ‘Allah Sayang’.

Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsi video dan pengalamannya membawa beberapa anak-anak yang kurang berkemampuan untuk membeli baju raya di Sogo.

Ustaz Ebit turut membawa mereka makan dan minum beramai-ramai.

Perkongsian Ustaz Ebit membuatkan ramai yang sebak dan terharu. Ya Allah, mulianya hati Ustaz Ebit yang tidak kedekut dan suka bersedekah kepada golongan yang memerlukan.

Baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video di bawah :

” Ustaz nak bawa kami kemana. Bestnya nak beli baju raya ke? Dekat mana ustaz? Sebak bila bawa anak ini jalan-jalan dekat sogo.. “

” Hari-hari bidadari saya tanya abang bila nak bawa anak-anak jalanan, yang diuji Allah, kurang kemampuan dan ada anak yatim yg beli baju raya.. “

” Penuh kereta saya melebihi muatan. Duduk ramai-ramai. Ada lagi 2 kereta. Masuk jer sogo meriah terus. Layan anak ini buat saya rasa bahagia teramat sangat. Saya gembira sangat dapat belikan yang terbaik buat bidadari dan anak-anak.. “

” Hari ini dapat bawa anak-anak ini buat saya rasa bahagia. Rasanya macam best sangat. Syukur pada Allah atas nikmat melihat senyuman anak-anak ini. Try kan baju. Carikan saiz.. “

” Layan anak lelaki dan layan anak perempuan semua ini. Ada yang menangis nak baju tapi takde saiz. Hehe. Meriah rasa.. “

” Ustaz nak ini. Ustaz nak makan. Jom kita semua pergi makan. Semua minum milo ais. Hehe. Sepanjang jalan berebut nak pegang tangan saya. Berebut nak duduk dengan saya dalam kereta. Berebut nak cium tangan.. “

” Cakap terima kaseh. Ada yang nak peluk saya. Sedih, sebak, bahagia rasa. Allahuakbar. Terima kaseh Allah – Ebit Lew #pertubuhankasihumatmalaysia.. “

View this post on Instagram

Ustaz nak bawa kami kemana. Bestnya nak beli baju raya ke? Dekat mana ustaz? Sebak bila bawa anak ini jalan-jalan dekat sogo. Hari-hari bidadari saya tanya abang bila nak bawa anak-anak jalanan,yang diuji Allah, kurang kemampuan dan ada anak yatim g beli baju raya Penuh kereta saya melebihi muatan. Duduk ramai-ramai. Ada lagi 2 kereta. Masuk jer sogo meriah terus. Layan anak ini buat saya rasa bahagia teramat sangat. Saya gembira sangat dapat belikan yang terbaik buat bidadari dan anak-anak. Hari ini dapat bawa anak-anak ini buat saya rasa bahagia. Rasanya macam best sangat. Syukur pada Allah atas nikmat melihat senyuman anak-anak ini. Try kan baju. Carikan saiz. Layan anak lelaki dan layan anak perempuan semua ini. Ada yang menangis nak baju tapi takde saiz. Hehe. Meriah rasa Ustaz nak ini. Ustaz nak makan. Jom kita semua pergi makan. Semua minum milo ais. Hehe. Sepanjang jalan berebut nak pegang tangan saya. Berebut nak duduk dengan saya dalam kereta. Berebut nak cium tangan. Cakap terima kaseh. Ada yang nak peluk saya. Sedih,sebak,bahagia rasa. Allahuakbar. terima kaseh Allah-ebitlew #pertubuhankasihumatmalaysia

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian Ustaz Ebit ini. Masih ada insan yang baik hatinya dan pemurah. Antara komen-komen netizen :

” Allahu.. Sebak lihat cara Ustaz Ebit menyantuni anak-anak ini. Sayu hati terasa seperti Nabi saw masih ada. Jelas akhlak Ustaz seperti akhlak Nabi yang suka menyantuni dan bersedeqah pada yang kurang berkemampuan. Moga Allah titipkan rahmat kasih sayang dibukakan pintu syurga Firdaus seluasnya buat ustaz sekeluarga.. “

” Allahu. sebak bila baca. tapi Alhamdulillah atas rezeki mereka. semoga ustaz diberikan rezeki yang melimpah ruah Aamiinn.. “‘

” Menitik air mata.. semoga ustaz dimurahkan rezeki serta kesihatan yang baik.. ustaz doakan saya semoga dimurahkan rezeki saya yer ustaz.. “

” Alhamdulillah , suka sangat tengok cara ustaz berdakwah , moga terselit dalam diri ini kesabaran, kelembutan & keikhlasan seperti ustaz buat. amiin.. “

” Ya Allah sebak hati tgk… Walaupun video pendek tp penuh bermakna… “

” Mulainya ustaz, moga kebaikan ustaz dibalas jua dgn kebaikan yang takterhingga. Aminn aminn. Sebak tengok. Gembira nya dorang. Allahuu.. “

Terima kasih Ustaz Ebit atas perkongsian ini. Semoga dapat menjadi contoh kepada kita supaya tidak melupakan golongan yang memerlukan di saat kita bergembira menyambut hari raya bersama keluarga kita nanti.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Allah permudahkan segala urusan dan dakwah Ustaz Ebit. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..