” Hadiah daripada Citra tahun ni sangat menyentuh hati aku. Ya Allah.. jagalah dia untuk aku selamanya.. “
Erma Fatima Sebak Terima Hari Lahir Daripada Anak Syurganya, Citra..
Nama Citra anak kepada pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima semakin dikenali ramai. Erma sering berkongsi video-video Citra di akaun Instagramnya. Malah Citra juga mempunyai peminat-peminat yang sentiasa menanti update terbaru mengenainya.
Jika anda mengikut Instagram Erma, pastinya anda mengetahui Citra merupakan seorang anak syurga. Walaupun tidak boleh berkomunikasi secara verbal dengan baik, namun begitu cara Citra berbicara masih boleh difahami oleh Erma dan keluarganya.
Citra yang sentiasa tersenyum manis dan mempunyai rupa paras yang cantik seiras pelakon popular Lisa Surihani dan juga personaliti yang menarik. Wajahnya yang ayu membuatkan sesiapa sahaja tidak jemu memandangnya.
Gelagat dan telatah Citra yang bijak dan manja itu menarik perhatian ramai. Malah cara Erma melayan dan berkomunikasi dengan anak syurganya itu juga turut membuatkan ramai kagum dan terharu.
Citra juga sangat suka melakukan kerja-kerja seni seperti menjahit, mewarna dan sebagainya. Sebagai ibu, Erma menyokong aktiviti yang dilakukan oleh anak syurganya itu.
Menerusi akaun Instagram, Erma berkongsi video ketika Citra memberikan hadiah sempena hari lahir Erma baru-baru ini. Citra membalut hadiah yang bermakna itu dengan kreatif. Erma sangat teruja menerima hadiah daripada anak kesayangannya itu.
Namun begitu, Erma sangat tersentuh setelah membuka hadiah yang diterimanya itu. Citra menghadiahkan Erma sebuah diari. Untuk pengetahuan diari adalah milik Citra sendiri dan Citra menulis di dalamnya doa-doa untuk Erma dan juga ahli keluargannya yang lain setiap hari.
Sucinya hati Citra, tak pernah lupa mendoakan orang yang menjaga dan adik beradik yang sangat rapat dengannya. Jom baca perkongsian Erma di bawah :
” Hadiah dari Citra tahun ni sangat menyentuh hati aku.. Diary yg tertulis doa2 dia setiap hari untuk aku.. “
” Ya Allah.. jagalah dia untuk aku selamanya… #anaksurgaku.. “
Rata-rata netizen sebak menonton video yang dikongsikan oleh Erma di atas. Antara komen-komen netizen :
” Ya Allah tersentuh tengok betapa iklasnya Citra sayang dan kasih pada along hingga ke Jannah doanya @ermafatima.. “
” Cantik Citra.. ibarat kain putih yg bersih.. “
” Uhh masuk habuk lak mata.. “
” Allahu… sucinye hati anak syurga ni… btuah kak erma… “‘
” Yg tengok ne pon rase sedihh.. sehat sllu ma2 @ermafatima.. “
” Semoga citra n mamanye @ermafatima dilimpahi rezki dan dilindongi Allah. Jaga citra baik baik ye sis. I know you will.. “
” Alaaa citra terharunya aunty..sebak rasa.. bersyukur kak erma ada anak syurga yg penyanyang.. “‘
” Touchingnya…. dan sungguh bermakna ! “
Semoga Allah menjaga dan melindungi Citra walau di mana dia berada. Bertuahnya Erma Fatima dapat anak sebaik dan secantik Citra. Semoga urusan untuk membesar dan mendidik Citra dipermudahkan oleh Allah dan menjadi salah satu sebab untuk masuk ke syurga Allah. Amin.
Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..
Sumber : IG Erma Fatima by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..