” Adoiii kesian Anne, nasib la tak terlent4ng ke belakang.. “

Video Achey Menunjukkan Cara Mengelakkan  Isteri Sh0pping Terlalu Banyak. Ya Ampun Tak Pasal-Pasal Anne Jadi M4ngsa.. Korang Kalau Berani Cubalah !!! 

Mohamad Nasir Bin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Beliau adalah juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3.

Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Di samping itu, beliau pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik.

Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Achey telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya Nur Hassanah Binti Yahya atau lebih dikenali sebagai Anne.

Achey seringkali berkongsi video dan foto-foto di laman Instagramnya buat peminat dan pengikutnya. Video-video yang dikongsikan kebiasaannya berkisar tentang anaknya Tiara dan isteri, aktiviti memancing bersama rakan-rakannya dan juga kisah dunia seninya.

Terbaru, Achey telah memuat naik sebuah video pendek di laman Instagram miliknya. Video tersebut memaparkan Achey yang mengus1k isterinya Anne di dalam sebuah pasaraya. Ketika itu Anne sedang berjalan-jalan sambil melihat barang-barang.

Di dalam kapsyennya , Achey menyatakan kegunaan payung selain payung adalah untuk mengelakkan isteri daripada membeli belah terlalu banyak menjelang hari raya ini.

Di dalam video tersebut Achey menunjukkan cara bagaimana boleh menahan isteri daripada membeli barangan dengan banyak. Caranya mudah sahaja, dengan menggunakan payung, kemudian kait sahaja isteri anda ke belakang. Achey membuat demonstrasi dengan menarik isterinya Anne dengan menggunakan payung.

Apa yang kelakar adalah, Anne tidak perasan langsung suaminya ingin berbuat demikian. Anne terkej0t bila lehernya dikait dengan menggunakan kaki payung tersebut. Tak pasal-pasal Anne jadi m4ngsa keadaan. Bert4bahlah Anne..

Ini antara sedutannya :

Payung yang digunakan oleh Achey.

Anne berjalan-jalan sambil melihat barang-barang yang ingin dibeli. Tiara je yang mengintai ayahnya kat belakang tu..

Tiba-tiba Achey terus menarik isterinya dengan menggunakan payung.

Anne : Ko dah kenapa..

Ada sahaja Achey ni kan. Macam-macam tips yang dikongsikan.

Tapi admin nak ingatkan ye. Bergurau-gurau juga tapi berhati-hatilah bila tarik isteri dengan payung tu. Takut lain pulak jadinya. Heheee..

Jom tonton video yang dikongsikan oleh Achey di bawah ini :

” Kegunaan payung selain payung. Jangan shopping banyak tau! Anne. “

Rata-rata peminat dan pengikut Achey merasa terhibur dengangelagat Achey. Ini komen mereka :

” Boleh try kat mak aku nanti hahahahah. “

” Dah kenapa tak buat kel4kar tak boleh ya. “

” Ahahahai tiara intai je pak dya dok buat prangai. “

” Kahkahkah boleh buat ni kat laki den. “

” Hehehe.. Comey je tiara meng1ntai. “

” Haha zinnirah ushaaa je ayah dia. “

 ” Hahahha mne maunye sangk0t leher bini. “

” Tiara perhati je ap Ayh dye nk buat tu. “

Kemesraan Achey dan isteri sememangnya harus dipuji. Pasangan suami isteri ini, ada sahaja  gelagat dan kisah kelakar yang dikongsikan buat peminat dan pengikutnya. Anne pula sangat sporting, selalu melayan sahaja apa yang Achey lakukan. Begitulah hidup suami isteri, kalau tiada gurauan, tiadalah serinya.

Kami di Berita Kopak ini mengucapkan selamat hari Lahir untuk Anne dan juga Selamat ulangtahun perkahwinan  Achey dan Anne. Semoga dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga Allah. Amin.

 

 

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Achey by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..